30 April 2011

New Zealand: Part 4 - Head Over Heels

Queenstown adalah tempat terbaik untuk cross-cultural experience. Kalau sekadar melihat gambar-gambar sepanjang di Queenstown, mesti ramai yang beranggapan kami hanya bersiar-siar, berjalan-jalan dan menghabiskan duit. Fakta, bukan auta:

1. Ya, kami berjalan-jalan sepanjang hari di Queenstown.
2. Berjalan-jalan itu membuatkan kami mengenali budaya sebenar masyarakat tempatan.
3. Berjalan-jalan itu membuatkan kami teruja dengan keindahan ciptaan Ilahi.
4. Cenderahati di Queenstown lebih murah dan lebih banyak berbanding Christchurch dan Dunedin.

Okay, back to the topic.

Awal pagi lagi, Tony membawa kami ke Kawarau River, kawasan AJ Hackket's Bungy Jumping. Tony beriya-iya mahu membawa kami kesana. Cantik katanya. Dan masyaAllah, bila kami tiba di sana, memang sangat cantik. Pokok berwarna kuning kehijauan. Air sungai Kawarau berwarna biru mengalir dari Lake Wakatipu ke Cromwell.

Glasier yang cair akan mengalir ke tasik dan dibawa melalui sungai. Air yang jernih akan menyerap wavelength visible light yang lebih tinggi dan memantulkan wavelength biru-hijau yang rendah. Tasik dan sungai akan kelihatan biru kehijauan. Subhanallah.


Dari Kawarau River, Tony membawa kami ke Arrowtown, sebuah pekan kecil bersejarah yang pernah menjadi kawasan tumpuan perlombongan emas. Di Arrowtown, kami ke Lakes District Museum. Tidak banyak gambar yang dapat dikongsi kerana kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium (Tapi ada lah sikit yang curi-curi ambik).

Lakes District Museum hanyalah muzium kecil yang menyimpan sejarah pekan Arrowtown dan sedikit sneak peak mengenai masyarakat Maori. Pekan Arrowtown terbentuk pada era gold rush dan kebanyakkan mereka yang tinggal disini merupakan pelombong emas dari China dan Eropah.


Kami diberi masa 45 minit di Arrowtown memandangkan ia cuma sebuah pekan kecil. Hanya sempat ke muzium, berjalan-jalan sekitar pekan dan melihat kedai-kedai cenderahati.


Dari Arrowtown, kami bertolak kembali ke Queenstown. Ada di antara kami yang menaiki Skyline. Saya dan beberapa orang lagi memilih untuk berjalan sekitar lake front Earnslaw Park dan melawat The Creative Queenstown Arts and Craft Market.



Kami agak teruja melihat barang-barang yang dijual. Disini, kebanyakkan barang adalah handmade dan ada sesetengah barang dijual dengan harga lelong (Walaupun lelong, tetap mahal). Topi, pakaian, woodcraft, barang kemas dan macam-macam lagi. Boleh lihat disini.




Pada entry lepas, saya ada ceritakan tentang kiwi yang kami semua jatuh cinta. Dan Kiwi yang saya maksudkan adalah orang tempatan NZ sendiri (Siapa yang dapat teka betul tu boleh claim hadiah dengan saya ya. Tapi hadiahnya syiling 10 sen NZ je lah.)

Masyarakat Kiwi sangat rendah diri, soft spoken dan menghormati orang lain. Boleh dikatakan semua kedai yang kami masuk, pasti akan disambut dengan senyuman dan kata-kata manis. Ringan sangat mulut mereka untuk ucapkan perkataan seperti lovely, great, awesome, nice , gorgeous dan sewaktu dengannya.

Walaupun baru pertama kali berjumpa, mereka pasti akan memulakan dengan 'Hello, how are you?' dan akan memberikan senyuman. Jika melihat orang yang mengangkat barang berat, akan ada Kiwi yang datang dan bertanya, 'Do you need a hand?' sambil tersenyum. Kalau rakyat Malaysia pula? Nak senyum pun susah.


Budaya masyarakat Kiwi yang paling saya terkesan, adalah kesabaran mereka. Contoh terbaik adalah Tony. Dia sangat sabar dengan kerenah kami 21 orang. Sangat susah untuk lihat Tony melenting, marah atau meninggikan suara walaupun kami sering terlewat mengikut jadual. Semasa membeli hot chocolate di Underground Cafe, saya dan beberapa orang lagi menukar pesanan sebanyak 3 kali, tetapi gadis yang di kaunter itu hanya tersenyum dan mengatakan lovely. Kalau rakyat Malaysia, mungkin dah kena sembur.

Dan kesabaran itu juga membuatkan mereka menjadi pemandu yang sangat berhemah dan menghormati orang lain. Di NZ, anda boleh melintas jalan di zebra crossing tanpa melihat kiri dan kanan kerana mereka sangat menghormati pejalan kaki. Walaupun mereka sedang memandu laju, mereka akan berhenti di zebra crossing. Tak kira Kiwi muda atau tua, mereka sangat menghormati orang lain. Kalau di Malaysia? Bukan sahaja ramai pemandu reckless, malah ramai juga orang yang lintas jalan dengan reckless. Zebra crossing tidak memainkan peranan.

Queenstown mengajar kami mengenal masyarakat Kiwi. Dan secara tak langsung, kami jatuh cinta dengan mereka. Head over heels.

"Kina, aku tak nak balik Malaysia lah. Nak cari suami Kiwi mata biru & jual makanan kat Queenstown. Untung kalau meniaga makanan halal kat sini. Satu pinggan 7-10$. Wahh. " (Ayat siapa ni?)

Tinggi betul cita-cita. :)



p/s: ni kebab yang 9$ tu.


InsyaAllah bersambung dengan cerita Dunedin pula..

No comments: