Di dalam satu program pembangunan insan,
peserta-peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai
bidang tugas yang khusus. Umpamanya,
Kumpulan A: Tarbiyyah
Kumpulan B: Pengurusan
Kumpulan C: Siasah
Kumpulan D: Sukan
Setiap peserta dibahagi dari segi pemakaian
dan tingkah laku mereka. Umpamanya,
Kumpulan A: Mereka yang memakai tudung labuh
bulat, jubah dan serban
Kumpulan B: Mereka yang memakai tudung labuh
tiga segi, baju kurung dan kopiah
Kumpulan C: Mereka yang memakai tudung yang
tidak berapa nak labuh dan seluar, tetapi masih menutup aurat
Kumpulan D: Mereka yang memakai tudung dengan
trend masa kini dan snow cap tetapi masih menutup aurat
Program berlangsung selama beberapa bulan.
Selama beberapa bulan itu pula setiap kumpulan diberi latihan kepakaran secara
intensif mengikut bidang masing-masing. Umpamanya,
Kumpulan A: Fiqh, tasawuf, hadith, Quran,
bahasa arab.
Kumpulan B: Communication skills, team
building, management, organisasi.
Kumpulan C: Sains politik, kemahiran menganalisis,
culaan, perancangan strategi.
Kumpulan D: Memanah, berkuda, berenang.
Setelah beberapa bulan, program itu berakhir.
Dalam hati masing-masing terdetik, umpamanya,
Kumpulan A: ‘Tarbiyyah kami mantap. Ilmu
tarbiyyah kami lebih banyak dari kumpulan-kumpulan lain.’
Kumpulan B: ‘Pengurusan kami mantap. Ilmu
pengurusan kami lebih banyak dari kumpulan-kumpulan lain.’
Kumpulan C: ‘Siasah kami mantap. Ilmu siasah
kami lebih banyak dari kumpulan-kumpulan lain.’
Kumpulan D: ‘Sukan kami mantap. Ilmu bersukan
kami lebih banyak dari kumpulan-kumpulan lain.’
Lama
selepas itu, mereka terfikir. Umpamanya,
Kumpulan A: Hebat juga kita ya, semua program
berkaitan tarbiyyah kita dipanggil.
Kumpulan B: Hebat juga kita ya, semua program
berkaitan pengurusan kita dipanggil.
Kumpulan C: Hebat juga kita ya, semua program
berkaitan siasah kita dipanggil.
Kumpulan D: Hebat juga kita ya, semua program
berkaitan sukan kita dipanggil.
Dalam masa yang sama, mereka hanya dipanggil
untuk program yang berkaitan dengan bidang pengkhususan masing-masing. Peluang
untuk menceburi bidang lain amatlah tipis dan jarang sekali berlaku.
Sedikit demi sedikit mereka sedar. Umpamanya,
Kumpulan A: Ahh, betapa jahilnya kita dalam
ilmu pengurusan, siasah dan sukan.
Kumpulan B: Ahh, betapa jahilnya kita dalam
ilmu tarbiyyah, siasah dan sukan.
Kumpulan C: Ahh, betapa jahilnya kita dalam
ilmu tarbiyyah, pengurusan, dan sukan.
Kumpulan D: Ahh, betapa jahilnya kita dalam
ilmu tarbiyyah, pengurusan dan siasah.
Lalu, mereka yang pada awalnya dipilih atas
dasar pemakaian dan tingkah laku, akhirnya sama sahaja seperti dahulu. Tiada
beza. Umpamanya,
Kumpulan A: Mereka masih memakai tudung labuh
bulat, jubah dan serban
Kumpulan B: Mereka masih memakai tudung labuh
tiga segi, baju kurung dan kopiah
Kumpulan C: Mereka masih memakai tudung yang
tidak berapa nak labuh dan seluar, meskipin menutup aurat
Kumpulan D: Mereka masih memakai tudung dengan
trend masa kini dan snow cap, meskipun menutup aurat
Maksud entri ini? Fikir-fikirlah sendiri.
1 comment:
maksudnye...?
Post a Comment