Dia duduk di sebelah sambil menyanyi kecil.
Tiba-tiba dia bertanya,
‘Kina, kenapa kau tak drive?’
Saya senyap seketika.
Saya senyap seketika.
‘Kenapa kau tak memasak?’ Soal saya kembali.
Dia tersentak, mungkin tidak menyangka saya
akan bertanya soalan begitu.
‘Bukan aku tak nak masak. Nanti dah nak kahwin
aku belajar lah.’ Dia tersengih.
‘Aku pun bukan tak nak belajar. Tengah cuba
lah ni.’
‘Memasak tu lain beb, banyak prosedur. Kalau
salah masak boleh sakit orang yang makan.’
Aku mengangguk-angguk.
‘Nak drive pun banyak step. Salah bawak boleh
accident, langgar orang, mati.’
Dia tergelak kecil.
‘Sampai bila kau nak menyusahkan orang lain
beb?’
Ohh, selama ini saya menumpang orang itu
menyusahkan rupanya.
‘Sampai bila kau nak menyusahkan orang lain
masak untuk kau?’
Saya ketawa kecil. Ketawa yang hanya out of courtesy agar dia tidak terasa hati dengan soalan saya. Ehh, tadi dia tanya soalan tu dia ada fikir ke perasaan saya?
Saya ketawa kecil. Ketawa yang hanya out of courtesy agar dia tidak terasa hati dengan soalan saya. Ehh, tadi dia tanya soalan tu dia ada fikir ke perasaan saya?
‘Tu lain..kedai ada banyak. Makan je lah kat
luar.’ Dia senyum lebar.
Saya angguk sekali lagi.
‘Yep..teksi ada banyak. Kat KL boleh naik
tren. Naik je lah.’
Dia diam. Saya juga diam. Tak lama selepas itu
dia bersuara.
‘Beb, kau dengar cerita tak pasal Kak Alia?’
‘Kenapa dengan Kak Alia?’
‘Alah..kan dia tunang haritu, kau tak tahu ke?’
‘Entah. Mana aku tau. Tunang je pun, memang
patut orang lain tak tahu kan.’
‘Isyh kau ni. Jumud betul lah. Bulan lepas dia
bertunang, dengan senior kita juga. Tapi aku dengar cerita mereka dah nak putus
tunang dah. Masalah dengan family.’
‘Ohhhh..’
‘Tapi kan, aku rasa bukan sebab masalah
family. Aku rasa sebab Kak Alia minat orang lain.’
‘Ermmm..’
‘Tu je respon kau?’
Diam lagi.
Selepas berpusing mencari parking, akhirnya
ada tempat kosong. Sebelum keluar dari kereta, dia bertanya.
‘Beb, aku nak tanya soalan peribadi sikit.
Boleh?’
‘Tanya lah.’
‘Kenapa kau tak pakai tudung bulat eh?’
Saya berfikir sejenak dan menjawab.
‘Kenapa kau tak pakai purdah eh?’
‘Lorr..ada pulak tanya aku soalan tu. Purdah
tu kan tak wajib.’
‘Ohh, pakai tudung bulat tu wajib ke? Wajib
tutup aurat kan?’
‘Ye lah, tapi kan lebih molek pakai tudung
bulat. Tutup dengan lebih sempurna.’
‘Yep, betul. Aku tak nafikan. Tapi apa gunanya
pakai tudung bulat ke apa-apa tudung sekalipun tapi nampak juga bentuk telinga,
bentuk dada, tali baju dalam.’
‘Ohhhkayy..’
‘Aku tak discriminate golongan tudung bulat,
malah aku respect orang yang pakai tudung bulat.’
‘But
still beb, aku rasa baik kau pakai tudung bulat. Kau tak nak berubah jadi lebih
baik ke?’
‘Siapa yang tak nak kan. Tapi apa gunanya
pakai tudung ke, purdah ke, serban ke tapi suka mengumpat, mengutuk & judge
orang. Betul tak?’
Dia terdiam.
.
P/S: Adik-adik dan kakak-kakak sekalian, anda
dijemput menghadiri kuliah wanita anjuran Persatuan Mahasiswa Islam UTM pada
setiap hari Jumaat, jam 12.30tgh hingga 2 ptg di Dewan Al-Ghazali, MSI UTM.
Antara
tajuk yang akan dibincangkan adalah:
1. Ghibah: Perosak Ukhuwah (2 Mac)
2. Fesyen Tudung: Keperluan @ Kehendak (9 Mac)
3. Fiqh Wanita: Yang Kita Tidak Tahu (16 Mac)
4. Al-Quran Yang Berjalan (23 Mac)
5. Kerana Dirimu Begitu Berharga (30 Mac)
5. Kerana Dirimu Begitu Berharga (30 Mac)
Ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya~
3 comments:
Beb, bila ko nak belanja akak makan beb? Lama x jumpa beb. ;-P
Kak jan! haha. jumpa malam ni yeh..kina belanja makan iftar tapi bukan duit kina lah..kehkeh. :D
salam ziarah dr jauh :)
Post a Comment