10 June 2011

New Zealand: Part 6 (Final) - University of Otago

Kalau di Lincoln University kami masih mampu memakai blouson atau jaket UTM, di University of Otago kami menyerah kalah. Cuaca pada pagi itu mencecah 4'c dengan angin kuat hingga 0'c. Baju dipakai tiga hingga empat lapis beserta jaket dan sarung tangan. Awal pagi lagi kami di sambut oleh Sandy. Kami dibawa ke The Clock Tower untuk sesi taklimat dan pembentangan.

The Clock Tower

Kami dijamu minum pagi. Teh, kopi, jus, susu dan pelbagai jenis biskut (susu New Zealand sangat sedap!). Sambil minum, kami sempat berkenalan dengan staf University of Otago. Antara yang hadir adalah Ms Victoria, Mr Murray dan Ms Sandy dari International Affairs, ketua pelajar pasca siswazah Malaysia, Cik Rohaida, wakil dari Department of Applied Science serta pelajar-pelajar Malaysia. Layanan mereka sangat baik dan terbuka seolah-olah tiada jurang antara staf dan pelajar.

Sesi pembentangan dan taklimat bermula pada jam 10 pagi dengan penerangan dari Department of Applied Science. Kami diterangkan mengenai program yang ditawarkan dan syarat kemasukkan program.

Wakil dari Department of Applied Science memberikan penerangan.

Sesi seterusnya diteruskan oleh Victoria dari International Affairs dengan soal jawab berkaitan kemasukan ke University of Otago, program pasca siswazah dan biasiswa.

Victoria, wakil dari International Affairs


Selepas hampir sejam setengah, sesi ditamatkan dan kami dibawa untuk campus tour. Kata Victoria, bangunan asal universiti ini merupakan sebuah bangunan pejabat pos di Princess Street yang kemudiannya berpindah ke The Clock Tower. Pada tahun 1871, University of Otago dibuka dengan hanya 3 orang profesor yang merangkap sebagai staf sepenuh masa.

Memandangkan lokasi universiti yang agak jauh dari penempatan pada waktu itu, mereka menjanjikan penempatan di kampus secara percuma kepada pelajar-pelajar yang berdaftar. Namun, sewaktu itu bangunan untuk penginapan masih belum dibina. Pelajar-pelajar terpaksa tidur dan menginap di dalam khemah yang dipasangkan di belakang The Clock Tower. Mereka menginap di dalam khemah kecil dan sempit itu selama hampir dua tahun, mengharungi empat musim yang berbeza.

University of Otago merupakan open city campus. Sama seperti Oxford di United Kingdom, University of Otago dibina tanpa sempadan di dalam bandar Dunedin. Bangunan fakulti dan asrama pelajar berserakan di antara shopping complex dan bangunan-bangunan lain. Dalam erti kata mudah, the city itself is the campus! Kata Miss Nadwa, Dunedin merupakan student's city. (Gambar disini)

Bukan. Ini bukan seperti Taman Universiti berhampiran UTM atau kawasan Serdang berhampiran UPM. This is totally different! University of Otago tidak mempunyai front gate dan tembok yang mengasingkan kawasan kampus dengan dunia luar. Kampus dibina di celahan masyarakat supaya pelajar dapat bersama dengan mereka, bukannya menjadi kelompok eksklusif yang mempunyai nilai double-standard.


Kami dibawa sekitar Universiti, melawat the Department of Commerce, Department of Language, Department of Microbiology dan banyak lagi. Setiap satu mempunyai ciri-ciri tersendiri yang menarik. Contohnya Department of Psychology yang tidak ubah seperti sebuah rumah kayu bercirikan Scottish.

University of Otago Central Library yang dibina pada tahun 2001 sangat menakjubkan. Walaupun dibina hampir sedekad yang lalu, konsep bangunan ini adalah state of the art dan sangat moden. Memandangkan gambar tidak dibenarkan diambil di dalam perpustakaan ini, gambar di bawah ini dipinjam dari laman web universiti.

Pigeon holes iaitu ruang studi perseorangan

Fakta nombor: Perpustakaan ini mempunyai lebih 2000 ruang belajar, 3 bilik seminar korporat, 13 bilik studi, 130 komputer berteknologi tinggi, lebih 400 000 buku, hampir 3000 jurnal dan 700 000 item. Usai lawatan di dalam Central Library, kami sempat berjumpa dengan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis, Brigedier Jeneral Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin. Beliau bersama keluarga sedang mengadakan lawatan di kolej dan universiti di New Zealand untuk mencari tempat pengajian yang sesuai bagi anaknya menyambung pelajaran.

Pintu hadapan University of Otago suatu ketika dahulu. Sekarang ia tidak lagi digunakan.

Ruang koridor ini pernah digunakan untuk menampal keputusan peperiksaan pelajar. Menurut Victoria, koridor ini dipenuhi dengan tangisan kegembiraan dan kesedihan, maka ia dipanggil 'the corridor of tears'.

Dr Nik memberikan cenderahati kepada ketua pelajar pasca siswazah Malaysia, Cik Rohaida

Hampir dua jam mengelilingi kampus, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Agak kecewa sebenarnya kerana tidak berkesempatan melihat dan memasuki makmal-makmal biologi dan sains. Kawasan tersebut adalah restricted hanya kepada staf dan pelajar universiti sahaja.
Sesi jejak kasih berakhir di antara pahlawan Tanah Melayu dan warrior Dunedin, Sham dan Afhdal.


Tengahari itu, kami menaiki bas untuk pulang ke Christchurch. Penerbangan kami ke Tanah Melayu dijadualkan pada keesokkan harinya. Amat berat untuk meninggalkan Dunedin. Berat juga untuk meninggalkan University of Otago. Dalam hati, sempat berazam untuk kembali ke sini suatu hari nanti.



Tamat.

Ehh, macam tu je? Dah lah tu..takkan nak buat novel kot?

Sebenarnya, semua ni belum lagi habis. Kami masih lagi dalam status berhutang. Berapa? Lebih dari RM 10 000. Dan kami masih lagi berusaha mengumpul dana untuk membayar hutang tersebut. Doakan kami.


P/S: Kalau ada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kewangan, sangatlah dialu-alukan. Kecil tapak tangan, litar F1 saya tadahkan! :D


2 comments:

Anonymous said...

salam..
wahhhh.mcm dokumentari NGC!
satu pengembaraan yg sungguh menarik!
welldone!!

Anonymous said...

syam dgn afdhal tu senior saya masa kat sekolah sains pokok sena dulu...hehehe