30 May 2009

Read Malaysia: Bahagian 1

29 Mei 09 // Jumaat


“Lamanya KTM ni sampai..lenguh kaki berdiri lama.” kata Aini.

“Tau takpe..dah lah makin ramai orang ni.” balas saya.

Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi tren. Kelihatan gerabak KTM itu bergerak pantas dari jauh.

“Alhamdulillah..sampai gak..”

Saya dan Aini melangkah tenang ke dalam gerabak KTM itu. Memandangkan dari Bandar Tasik Selatan ke Serdang hanya satu stesen, kami memilih untuk berdiri sahaja. Kami bersandar di pintu supaya mudah untuk keluar nanti.

Pintu KTM ditutup secara automatiknya. Tiba-tiba mata saya terpandang sesuatu yang ditampal di pintu.

“HENTIAN TERHAD”
“LIMITED STOP”

Ya Allah! Seumur hidup saya ni, sepanjang hampir 20 tahun hidup di ibukota ni, saya tak pernah tau pun KTM ada shuttle yang ‘hentian terhad’. Maksudnya? Maksudnya shuttle ni hanya berhenti di stesen-stesen tertentu sahaja, dan shuttle ni juga tidak akan berhenti di Serdang.

“Aini, tren ni tak berhenti kat Serdang lah!”

“Ha?”

“Tengok tu..” saya menunding ke arah pintu.

“Lah..habis macam mana ni?”

“Kita kena turun kat Kajang lah..” aduhh..Kajang. Jauh tu..

Walaupun bezanya hanya satu stesen, tapi jaraknya cukup jauh dan mengambil masa yang lama. Saya serabut..nak buat apa lagi? Terfikir juga untuk menekan butang kecemasan dan terus keluar tapi pelan tersebut terpaksa dibatalkan setelah melihat tanda “SESIAPA YANG MENYALAHGUNAKAN BUTANG KECEMASAN AKAN DIDENDA RM1000.” Ni kira kecemasan jugak kan?? Huhu.

“Takpe lah Kina..nak buat macam mana lagi. Manalah nak tau ‘dia’ tak berhenti kat Serdang. Sabar, sabar..ada hikmahnya ni.”

Hampir setengah jam selepas itu, kami tiba di stesen Kajang. Saya mencari kelibat pegawai KTM yang bertugas di pintu keluar.

“Pakcik, kami sepatutnya turun kat Serdang..nak kena tambah nilai (bayar lebih) tiket tak?”

“Erm..lain kali, kalau nampak shuttle macam ni, yang kepala lain badan lain, jangan naik tau. Shuttle tu tak berhenti kat Serdang. Nanti awak keluar, beli tiket baru pastu masuk balik. Naik tren kat platform sebelah sana.”

“Ohh..ye, ye. Tiket ni kena bayar lebih tak?”

“Tak payah lah..”

“Okay..terima kasih pakcik”

Kalau naik Star LRT ni mesti dah kena caj lebih. Kami terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket ke Serdang. Pegawai berbaju biru itu sibuk melayan seorang kakak di hadapan barisan kami.

“Eh, ni kakak yang tunggu tren dengan kita kat Bandar Tasik Selatan tadi..” saya berbisik ke Aini.

Tiba giliran kami,

“Serdang, dua.”

“Kamu pun salah naik tren jugak ke? “

Saya sekadar mengangguk.

“Isyh isyh..kesian. Tu lah..lain kali tengok dulu tren tu shuttle biasa ke tak.”

Usai membeli tiket, kami bergegas menaiki jejantas ke platform KTM. Kebetulan sebuah gerabak sudahpun menunggu. Alhamdulillah, sempat juga kami memasuki gerabak itu. Kalaulah terlepas, entah berapa lama pula gerabak seterusnya akan tiba.

Perjalanaan selepas itu Alhamdulillah dipermudahkan. Kami menaiki teksi ke MIECC. Sejurus tiba, kami ke exhibition hall di tingkat 1. Permandangan yang sungguh indah..buku, buku dan banyak lagi buku. Books are like ecstasy. Kami melepasi bahagian buku-buku bahasa Inggeris dan menuju ke bahagian buku-buku bahasa Melayu. Mungkin kerana hari ini hari pertama berlangsungnya Read Malaysia, jadi tidaklah begitu sesak dengan orang. Buku-buku juga belum banyak yang tiba.

Kami singgah di booth PTS Publications dan membelek buku-buku yang ada. Mata terpaku pada deretan buku PTS Islamika. Buku karangan Abdul Latip Talib, biografi Ahmad Dinejad, sejarah Islam, motivasi, dan pelbagai lagi jenis buku.

“Pilih dik..buku ni semua ada diskaun. Adik student ke?”

“Ye, student.”

“Kalau student dapat 20% diskaun..kalau tak 15% je diskaun.”

Saya memandang Aini dan senyum.

“Adik cuma kena tunjuk student card je..”

Senyuman saya mati.

“Awak ada bawak kad matriks tak?”

“Mana ada bawak..”

Saya hampa. Saya mengeluarkan purse dan membelek kad-kad yang ada satu persatu. Tiada.

“Takpe lah Aini..Isnin ni saya datang sini lagi. Bolehlah belikan buku yang awak nak. Murah sikit kalau ada student card. Awak bagitau je saya buku mana awak nak beli.”

Sememangnya saya sudah merancang untuk datang ke sini lagi pada hari Isnin untuk berjumpa dengan teman se-matrikulasi.

“Takpe lah kak..Isnin nanti saya datang bawak student card. Nanti saya borong banyak-banyak eh..”

Kami meninjau ke booth lain untuk melihat buku-buku yang ada.

Jam 2 petang, selesai membeli buku dan berpuas hati, kami ke Mines Shopping fair untuk melayan tekak yang kering dan solat Zuhur memandangkan makanan yang dijual di Read Malaysia adalah gerai pemilik Cina.

Isnin ni..yeh. Isnin ni..buku-buku PTS pula!



Resolusi hari ini:

1. Mencadangkan kepada pihak KTM Komuter untuk menambahkan bilangan gerabak supaya lebih efisyen dan selang masa antara satu tren tidak begitu lama.
2. Mencadangkan kepada pihak KTM Komuter untuk membuat papan tanda atau sebarang tanda pada gerabak tren yang merupakan shuttle hentian terhad.
3. Mencadangkan kepada pihak KTM Komuter untuk meletakkan papan tanda yang jelas untuk destinasi tren.
4. Mencadangkan kepada pihak penganjur Read Malaysia 2009 supaya mengiklankan mengenai diskaun dan promosi untuk pelajar-pelajar dan menggalakkan pelajar membawa student card.
5. Mencadangkan kepada pihak penganjur Read Malaysia 2009 supaya menyediakan gerai jualan minuman dan makanan yang halal.
6. Mencadangkan kepada pengurusan Mines Shopping Fair supaya meletakkan papan tanda surau dengan jelas. (Jenuh cari tak jumpa..)

Sekian, terima kasih.

Wallahu’alam.

7 comments:

Hafizhilmi said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Hmm...

Tambah satu lagi resolusi...

Sentiasa bawa ke mana-mana kad matrik pelajar anda...

Hehehe...

LI nanti pun kena bawa kad matrik gak tau...

Risau pihak industri kalau2 ada orang menyamar...

Hehehe...

;)

Khairina 'Izzati said...

>HafizulHilmi: tq atas nasihat2 anda..no 2 tu sangat lah unlikely untuk berlaku.hehe. insyaAllah..perancangan Allah adlh yg terbaik.. :)

>SyafieAl-Insafi: insyaAllah..lepas ni kad matrik akan berada dlm purse spnjang masa..tq2.

panod said...

bukan kat dlm purse..
pamerkan slalu
haha
br la org respect lu ni bdk U

Khairina 'Izzati said...

>panod: byk la respect..mcm buang tebiat ade lah.huhu. :p

panod said...

bangge ape jadi dk UTM

Rauf Husna Public Gold Dealer Cyberjaya said...

huhu.klu g mines pkai mtrix card da plik tuh..yup2..ktm kne impruve lg...klu bley,jgn asyik delay2..sian penumpang..ehehe