17 May 2009

Book Hunting

"Isyh..ni sampai 3 kali Thaipusam pun tak habis baca ni..tak cukup lagi ke?" Abg Khairul merungut.

Dengan segala hormatnya, harini ana telah memborong buku-buku yang sangat murah di Big Bad Wolf Book Sale. Ni kira balas dendam tak dapat pergi Pesta Buku PWTC bulan lepas..tapi kali ni tak puas sangat sebab book sale ni jual English books sahaja. Tapi sangatlah berbaloi sebab semua buku yang dibeli hanya RM8! Bayangkan buku yang harga asalnya RM39.90 ke atas boleh dapat RM8! Orang ramai yang datang siap bawak kotak dan beg untuk angkut buku-buku.


Buku-buku yang di'preview'kan disini hanya lah 1/3 daripada jumlah sebenar buku yang dibeli (termasuk buku ahli famili yang lain)..Saya tak berapa minat novels yang lovey-dovey, jadi kebanyakkan buku yang dibeli adalah thriller & real life stories.












































































Abg Khairul kata, "Beli banyak-banyak ni macam sempat je nak baca semua.."

No comment..kalau tak sempat baca cuti ni pun, insyaAllah kalau ada kelapangan nanti boleh baca. Seorang sahabat pernah tanya kepada saya, boleh ke baca buku-buku macam ni? InsyaAllah tiada salahnya asalkan buku-buku yang dibeli tu bermanfaat, ilmiah dan paling penting tak melalaikan..tak kira lah dalam bahasa apa sekalipun..

Buat masa sekarang saya kena habiskan dulu buku-buku karangan Abdul Latip Talib yang dah sedia ada..insyaAllah 29 Mei - 7 jun ni saya akan serang Book Fair di MIECC untuk beli buku-buku Ust Hasrizal..jumpa di sana!

Wallahu'alam..

p/s: nak pinjam buku saya??

5 comments:

Hafiz El Hilmi said...

bnyk nye buku.. kne wakaf ni.. hehe.. buku men from mars, women from venus xde ke? klu ada nak pnjm..hehe

Khairina 'Izzati said...

ni mesti sbb baca 'aku terima nikahnya'..maaf yee, tuan rumah takde buku tu. :)

Hafiz El Hilmi said...

ermm.. xjuga, sbb direkemen oleh member suh bce buku tu, dh cop kt mph jusco buku tu..hehe

naomiashikin said...

kina!!! nak pinjam!!!! :)

Khairina 'Izzati said...

bole2..sila lah pinjam.pilih nak yg mane.hehe.