01 May 2009

Serabut...

"Ya Allah!! Best nyee dpt lagu ni..!" kata A..

"Alhamdulillah lagu yg I dapat kali ni sesuai ngan suara I.." kata B sambil menadah tangan menandakan rasa syukur..mata basah dengan air mata gembira...

"InsyaAllah I akan buat yang terbaik minggu ni.."

Kenal tak statements di atas ni?? Ana kesal dgn pihak yg menyalahguna nama Allah dalam situasi-situasi seperti berikut..patutkah nama Allah dikaitkan apabila ingin melakukan kemungkaran??

Ana hampir lupa suasana di ibu kota ini..lama rasanya tidak menjejakkan kaki ke rumah. Selama itu jugalah ana 'terputus hubungan' dengan dunia luar. Suasana di kampus yang lebih terjaga dengan kesibukan kuliah, exam, kuiz dan program-program yang padat membuatkan ana rasa tidak luak sedikit pun untuk menonton televisyen. Cukuplah sekadar online untuk mengetahui berita dan isu semasa.

Hampir 2 minggu ana berada di rumah..ana kesal melihat masyarakat kini. Ana kesal melihat bangsa Melayu. Ana kesal melihat umat Islam. Tak segan silu kah remaja kini bersentuhan dan berpelukkan di khalayak ramai? Tak segan silu kah artis-artis Melayu, yakni Islam, mendedahkan aurat, berpegangan tangan, bertepuk tampar, dan bermacam-macam lagi 'ber' dan 'ter' yang ana sendiri malu untuk sebut. Lihat saja berapa banyak program realiti tv yang melahirkan artis goreng pisang. Kalau panas-panas memang lah ramai orang beli..bila dah sejuk, nak makan pun dah tak sedap.

Ada orang pernah kata ana terlalu judgemental dalam isu ni..huh. Takkan lah ana nak berdiam diri dan terima saja apa yang disuapkan oleh media sebagai wadah yang berguna? Sedar atau tidak, maksiat dan kemungkaran telah pun beraja di rumah-rumah kita. Media-media di rumah kita sudah cukup teruk, apalagi jika kita turun padang ke Chow Kit, Sg Wang, BB Plaza dan Dataran Merdeka.

Filem, drama dan iklan di tv saja sudah melambangkan betapa teruknya moral masyarakat kini..apakah releven filem-filem seperti Bo**ia, Re**it dan Gu**a, dipersadakan dan ditayangkan?? filem seperti ini lah yang meracuni fikiran remaja kini. Mereka di 'basuh' dengan pemikiran bahawa that's how it is today, face it and accept it..you have to be a part of this world now. Tak malukah artis-artis Malaysia melakonkan aksi tak senonoh seperti itu? Kalau tak rasa malu kepada Allah sekalipun, tidak kah berasa malu kepada keluarga sendiri? kepada ibu bapa??

Terbaru kini isu artis bertudung..jujur ana katakan, suara memang lah sedap, mendayu-dayu dan lemak berkrim. Tapi sayang..suara itulah yang diperdengarkan kepada semua termasuklah lelaki-lelaki bukan mahram yang terbuai-buai mendengar nyanyian mereka. Ikhtilat pula ntah kemana..kata peminat mereka, "Bagus lah dia pakai tudung.daripada tak pakai langsung".."Aku respek lah ***, bertudung pun boleh main gitar, boleh perform kat gig".."ni lah masa depan industri muzik kita, kita kena buktikan yang perempuan bertudung pun boleh perform!" Astaghfirullahal'azim..terpesongnya pemikiran umat Islam sekarang..ana bukan rigid, bukan jumud. Ana nak sahabat-sahabat semua tau apa yang haq, apa yang batil..

Dari Al-Aras bin Ubidullah, Rasulullah S.AW. pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak menyeksa masyarakat umum disebabkan perbuatan orang tertentu sehingga orang tertentu mengerjakan suatu perbuatan (kejahatan) yang mana orang umum sanggup mencegah tetapi mereka tidak mencegahnya. Ketika itulah Allah akan mengizinkan mereka semua untuk DIBINASAKAN." (Hadis riwayat Tabrani)

Nauzubillah min zalik..apa pula peranan kita? melihat sahaja dan menerima seadanya?


وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Ali Imran: 104)


Wallahu'alam..


No comments: