Entri ini terlewat 7 hari. Selamat menyambut Ramadhan.
Beberapa minggu lepas Kak Ajan yang ohsem ada menyebut tentang video 30 Day Challenge by Matt Cutts. Dalam video tersebut, Matt Cutts mencabar sesiapa sahaja untuk mencuba suatu perkara yang baru dan konsisten melakukannya selama 30 hari berturut-turut. Perkara itu tidak perlu sesuatu yang besar, cukup sekadar bermakna.
Contoh mudah, senyum kepada setiap orang yang dijumpai dan memberi salam, jogging selama 15 minit, mengurangkan pengambilan minuman bergula, menulis tiga muka surat setiap hari dan banyak lagi. Matt Cutts menyatakan bahawa perubahan-perubahan kecil sebegini dapat membantu kita menjadi lebih baik dan mencapai makna dalam hidup. You will feel better about yourself and it may change your perspective on life.
30 hari adalah tempoh masa yang cukup untuk seseorang 'membunuh' dan membina semula sistem kepercayaan diri. 30 days is enough for one to break and rebuild their belief system.
Jadi, sepanjang bulan Ramadhan kali ini, apa salahnya jika kita cuba cabaran 30 hari Matt Cutts? Cuba kita senaraikan perkara-perkara yang tidak pernah kita lakukan pada Ramadhan sebelum ini tetapi kita mahu mencubanya. Contohnya mendermakan RM1 ke tabung masjid selama 30 hari, membeli kurma dan memberi orang lain makan, berbuka puasa dengan sederhana, tidak mengorbankan wang di bazar Ramadhan, memberi makan kepada anak yatim, solat taubat sebelum tidur.
Perkara yang sering diulang-ulang tiap kali Ramadhan adalah 3 fasa iaitu rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Sedar atau tidak, sudah 7 hari kita berpuasa bermakna sudah hampir tamat fasa pertama. Adakah amalam seharian kita mendekatkan atau menjauhkan kita dari merasa rahmat itu?
Wallahu'alam.
p/s: I am on the 30 day challenge and this Ramadhan, I am going to win! :D
No comments:
Post a Comment