Tadi seorang kawan sekolah saya menelefon.
Sekarang dia sahabat, bukan lagi kawan.
Siapa sangka akhirnya kita dipilih Allah untuk melalui jalan ini.
Perancangan Allah.
Alhamdulillah.
Banyak yang dikongsi.
Kata dia, kadang-kadang kita mahukan sesuatu yang besar, tetapi Allah tahu kita tak mampu.
Jadi Dia berikan kita sesuatu yang kecil.
Kata dia, kadang-kadang kita mahukan sesuatu yang kecil, tetapi Allah tahu kemampuan kita, potensi kita.
Jadi Dia memberi sesuatu yang besar.
Ya, kata dia, tetapi dipetik dari kalamullah. Al-Baqarah, 216.
Kami berkongsi kerisauan.
Kata dia, tanggungjawab kita semakin berat.
Kawan-kawan kita perlu dijadikan sahabat.
Jika bukan sahabat, cukuplah sekadar teman.
Mampukah?
p/s: Apa beza kawan, teman dan sahabat? Mereka yang telah melalui jalan ini pasti tahu. Dan mereka yang mahu tahu bezanya perlu melalui jalan ini. :D
3 comments:
jadi,,ape bezanya kawan, teman dan sahabat tu ea kak...?? huhu... akak da prnh laluinye kn,,akak pasti tau...
nas, kita memang ada ramai kawan. tapi antara kawan2 tu ada yang rapat & boleh bergurau, makan sama2, belajar sama, pegi mana2 pun bersama-sama. tu namanya teman.
sahabat tu lain. sahabat tu lebih daripada teman. semua kita kongi & sanggup sama2 rasa - sedih, sakit, gembira. sahabat tu bila kita tau matlamat hidup kita & dia sama..
oic.... huhu..... ok2,,,nas faham skrg kak.... hm... sahabat tu mmg ssh nk cr....
Post a Comment