21 March 2011

Karipap-karipap PSM

Hari ini 21 Mac.
Tarikh akhir untuk masuk lab dan siapkan PSM adalah 16 Mac.
Semua cell contam & mati.
Hampir satu setengah semester menghabiskan masa di lab.
Awal pagi, lewat malam, overnite, hujung minggu, cuti sem, cuti raya.
Result yang ada sekadar cukup makan.
Simposium dan presentation minggu depan.
Ulang semula semua eksperimen?
Mustahil. Tiada cell yang hidup.
Buntu.

Semester ini mungkin yang paling kronik.
Harus berkongsi kasih dengan 4 subjek killer fakulti, 2 subjek sains sosial (agak killer bagi student bio macam kami yang susah nak hadam segala macam teori sains sosial ni) & PSM.
18 kredit mungkin nampak macam ringan.
Tapi jam kredit itu tak termasuk masa yang diambil untuk 'dating' di lab.

"Teknik korang memang teruk lah. Habis semua cell contam."

"Dah takde cell yang hidup untuk korang teruskan PSM korang. Apa korang nak buat sekarang?"

"Korang semua tak layak sambung master."


Dalam keadaan begini, akal dan fikiran harus mengatasi emosi.
Harus tenang.
Tenang tu macam mana?
Kalaulah tenang itu seperti karipap yang boleh dibeli dan dimakan.

Bila berlaku begini, mahu sahaja berhenti.
Stop & quit.
Extend? Allah, jauhkan lah.
Master? Fikir banyak kali.


"Awak, jom berhenti belajar & kahwin nak?"

"Haha. Jom! Daripada kena marah hari-hari & stress sebab eksperimen asyik fail je, baik kita kahwin kan."

"Tu lah, duduk kat rumah, goyang kaki, masak untuk suami & anak-anak, jadi isteri solehah. Dah ada jaminan masuk syurga dah."

"Betul!"


Nak kena sekeh dengan babah?
Not gonna happen!
Hehe.

Bertenang.
Ni baru PSM.
Bukan Perang Badar, bukan Revolusi Mesir, bukan rusuhan Great Britain.
Pasti ada jalannya.
3 tahun berjuang, tak kan nak putus asa?


"Kina, anggap je PSM ni tarbiyyah dari Allah. Dia nak kita sedar yang kita ni cuma hamba, mana mampu menandingi kehebatanNya. Dia nak kita sedar betapa kerdilnya diri kita dengan ilmu yang tak seberapa. Dia yang menciptakan dan mematikan. Benda kecik macam ni pun kita tak mampu nak buat. Skop kecik macam ni pun kita susah nak belajar dan faham. Allah Maha mengetahui segala-galanya. Allah yang paling hebat dalam semua bidang."



Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.
Yang menciptakan lalu menyempurnakan penciptaanNya.
Yang menentukan kadar dan memberi petunjuk,
dan Yang menumbuhkan rerumputan,
lalu dijadikanNya rumput itu kering kehitam-hitaman.
Kami akan membacakan Al-Quran kepadamu sehingga engkau tidak lupa,
kecuali jika Allah mengkehendaki.
Sungguh, Dia mengetahui yang terang dan tersembunyi.
[87: 1-7]



Selamat ditarbiyyah dengan PSM!



p/s: Saya perasan, sejak akhir-akhir ini kebanyakkan entri saya membawa mood sedih dan stress. Mungkin ini kesan daripada PSM. Hipotesis saya, semakin lama melayan PSM, semakin banyak kebahagiaan yang diragut. Boleh terima tak? :)


*PSM: Projek Sarjana Muda atau Final Year Project.

9 comments:

Unknown said...

Meski sesiapa yang berkata, "Anda tak layak untuk sambung Master" adalah lontaran kata yang tidak munasabah langsung...

Ilmu sehingga ke peringkat mana tinggi sekalipun, adalah diri kita yang membuat keputusannya. Bukan orang lain yang bertindak atas diri kita. Mereka hanya mampu untuk melontarkan idea, nasihat, cacian, herdikan, namun, kita yang akan menurasnya sama ada terima atau abai...

Sesungguhnya, duga setiap hamba-Nya adalah berbeza mengikut kekuatan dan kemampuan hamba-Nya. PSM bukan berdasarkan result yang mesti mengikuti objektif, tetapi berdasarkan bagaimana kita mampu memanipulasi segala skop dan ruang eksperimen dengan memberi penjelasan analitikal dan praktikal terhadap apa yang berlaku...

Insya Allah, tiada istilah 'extend' jika semua usaha sudah dicurahkan terhadap semester ini...

Pelangi Indah said...

Akhirnya air jernih yg selama ini gagah di simpan akhirnya mengalir.. Mengenang nasib diri.. Mengumpul segala kekuatan dan kesabaran untuk melangkah.. Tak mahu menoleh kebelakang tapi berusaha gagah kan kaki bergerak ke hadapan.. Tak tahu apa akan terjadi hari esok.. Apa yg penting.. "Redho aje lah"...

Anonymous said...

extend je la...

NASIRAH AFANDI said...

moga dikuatkn semangat untuk meneruskan perjuangan.... jgn sekali-kali mengalah setelah ape yg kte lakukan selame ni.... hope everything is fine... ^_^

gud luck...!!!

qurratul qalb said...

salam izzati,
i may never experience as what you have but my dad always said; give the best from ourself. lepas dah beri yg terbaik, redha.
sama ada extend atau kahwin, it's your own decision. because you know yourself better..
-ingat, Allah itu dekat-

Khairina 'Izzati said...

A. Fahmi: Thanks a lot. InsyaAllah akan cuba yg terbaik.

Nas: Thanks my dear..insyaAllah everything is okay.

Qurratul qalb: afiqah azumi! orang main2 je la pasal kawen tu..huhuh. :P

NASIRAH AFANDI said...

kalau akak kawen nnt,,jgn lupe jmput taw... hehe..... ntah2 taun dpn ke en sape taw... huhu....

Lagenda said...

kalau experimen tu x gagal sekarang, kamu tidak akan tahu cara untuk mengatasinya sampai bila-bila...
~extend pun tak salah..

Asmah Andy said...

"Ya Allah, kalau extend itu lebih baik bagiku, aku redha..."

Allah knows best...=)