02 March 2011

Jarang

Semasa di matrik, saya pelik dan tertanya-tanya kenapa seorang sahabat ini memakai tudung kecil (inner tudung) sebelum memakai telekung untuk solat. Saya juga pelik kenapa sahabat ini memakai t-shirt dua lapis sebelum memakai telekung. Apa tidak panas?

Lama kemudian baru saya tahu jawapannya.

JARANG.

Telekung kita ni kebanyakkannya jarang wahai adik-adik, kakak-kakak, sahabiah sekalian. Kalau tak percaya, sila perhati betul-betul sewaktu solat jemaah. Lihat orang di hadapan anda.

Jika dia tidak memakai anak tudung, pasti nampak bayang rambut disebalik telekung itu.

Kalau dia tidak memakai tudung dan hanya memakai anak tudung, pasti nampak bayang leher disebalik telekung itu.

Kalau dia memakai baju lengan pendek, pasti nampak bayang tangannya.

Jika dia memakai kain telekung, pasti nampak bentuk kakinya.

Syarat sah solat adalah menutup aurat yakni tidak menampakkan bentuk badan serta jarang.

Nabi bersabda bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

Sahkah solat kita jika bertelekung tetapi jarang dan menampakkan tubuh badan? Mari perbetulkan yang mana yang salah. Pakailah inner tudung, baju berlengan panjang dan tidak ketat dan gunalah kain yang tebal (susah sangat guna je kain pelikat).

Panas? Ingatkan kepada diri bahawa panas lagi api neraka. Naudzubillah.

Kepada wanita yang membaca entri ini, semoga diberi kekuatan untuk terus mujahadah dan istiqamah. Kepada lelaki yang membaca entri ini, semoga diberi kekuatan untuk menjadi tidak dayus dan sentiasa mengingatkan wanita-wanita disekeliling anda.


Wallahu'alam.


p/s: Saya ada menjual telekung dua lapis yang tidak jarang dan tidak perlu memakai inner tudung atau baju berlengan panjang. Jika berminat, boleh hubungi saya. :)

p/s lagi: Aurat dalam solat dengan aurat luar solat kan sama..jadi kenapa semasa nak jumpa Allah baru nak tutup-tutup, memakai yang longgar dan tebal, tapi kalau di luar solat sebaliknya? Peringatan untuk diri sendiri yang hina ini juga. Ayuh muhasabah!

7 comments:

Lagenda said...

salam. ta' puas ati..nak pastikan lagi.
1)betul ka telekung biasa tu nipis? sebelum ni ta' perasan sebab solat kt depan.
2)seperti cara yang diceritakan i atas, nampak macam kena tutup aurat siap2 sebelum pakai telekung. betul ka? atau saya salah paham?.

Khairina 'Izzati said...

1) telekung biasa mmg nipis. kalau yg hrga mhl sikit mungkin tebal, tp kebanyakkannya nipis.

2) syarat sah solat adalah menutup aurat. jadi kalau tanpa telekung pun dah tutup aurat (pakaian biasa), maka boleh la solat. telekung tu adat je..org arab x pakai telekung pun. solat pakai jubah.

persoalannya bila orang perempuan ni solat dengan telekung yg jarang, maka wajiblah tutup yg mana yg nampak tu. kalau telekung x jarang, x payah tutup aurat siap2 sebelum pakai telekung pun takpe..faham ka??

Lagenda said...

bah. ok. tqvm. lepas ni lebih peka. sblm ni x perasan.

nadiah_abdllah said...

Assalamualaikum.
Tertarik dengan iklan di bawah blog post. ada details mengenai telekung dua lapis?
ie: gambar, harga, harga pos etc.
:)
boleh tolong emel dekat.....

nadiahabdllah@gmail.com

tq~

astracea@yahoo.com said...

Assalamualaikum. saya sangat berminat. Nak cari tak ada. Nak jahit sendiri, tak pandai. Harap akak boleh tolong.

Anonymous said...

saya pun berminat,blh bg cara utk contact anda x?

Khairina 'Izzati said...

boleh contact sy melalui email:
khairinaizzati@gmail.com

atau facebook sy:
khairina 'izzati

:D