24 August 2009

Ukhuwwah Semanis Tamar


"Dah azan! Cepat baca doa.."

"Allahumma laka shumna wa bika amanna wa 'alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin. Allahumma bariklana fima razaktana waqina 'azabannar. Bismillahi wa'ala
barakatillah."

"Amiinnn.."

"Sahabat-sahabat, mintak maaflah, tapi makanan belum sampai. Kita berbuka dengan kurma & air dulu ye..lepas tu kita solat Maghrib berjemaah."

Kelihatan beberapa sahabat tersenyum dan hanya mengangguk. Pantas tangan mencapai deretan buah kurma di depan mata. Bersilang-silang tangan menghulurkan suapan pertama kepada sahabat di kiri dan kanan. Hebatnya ukhuwwah. Langsung tidak dipedulikan perut yang kian menagih simpati kelaparan akibat puasa, malah didahulukan sahabat-sahabat yang lain. Terubat rindu kepada keluarga yang berada jauh di mata.

Senyuman dan tawa berselang seli sambil mengunyah kurma. Di ambil lagi sebiji kurma, di suap kepada sahabat di kanan. Lebihannya disuap pula kepada sahabat di sebelah kiri dan seterusnya sahabat di hadapan. Kemudian diri sendiri merasakan manisnya kurma walaupun tinggal bijinya sahaja. Tak lama selepas itu, datang pula huluran dari sahabat-sahabat lain yang ingin berkongsi sibiji kurma.

Teringat kisah di zaman Rasulullah di mana baginda berkongsi sebiji tamar bersama para sahabat. Semestinya sebiji tamar itu tidak cukup untuk mengenyangkan perut, tapi cukuplah untuk merasai manisnya. Begitulah indahnya ukhuwwah. Hanya sedikit sudah menggembirakan dan memuaskan hati.

Doaku agar ukhuwwah yang dibina berlandaskan aqidah perjuangan yang sama ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan diberkati Allah. Semoga wihdatul qalbi, wihdatul fiqh dan wihdatul amal menjadi tulang belakang ukhuwwah ini. Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku kepada insan-insan yang bersama mengharungi jalan ini. Uhibbuki fillah abadan abada. Amin.


Dituju khas buat sahabat-sahabat yang bersama mengejar mardhatillah..u know who you are..

Salam Ramadhan..



4 comments:

Unknown said...

Ukhuwah yang terbina
Persis sekuntum bunga
Meskipun kini
Terpisah demi kasih-Nya
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain di bayangan mata
...

:)

Salam Ramadhan al-Mubarak...

qurratul qalb said...

best kan ukhuwah fillah
terasa sangat mahal ukhuwah kita
alhamdulillah Allah kurniakan fqa sahabat2
yang berukhuwah kerana Allah
sdey nangis, epy pn nangis
ya Allah, rindunya pd sahabat..
pelihara lah mereka ya Allah..

panod said...

kurma ana dh abes
topup2...

Khairina 'Izzati said...

>jemput mkn kurma ye..