24 August 2009

Ukhuwwah Semanis Tamar


"Dah azan! Cepat baca doa.."

"Allahumma laka shumna wa bika amanna wa 'alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin. Allahumma bariklana fima razaktana waqina 'azabannar. Bismillahi wa'ala
barakatillah."

"Amiinnn.."

"Sahabat-sahabat, mintak maaflah, tapi makanan belum sampai. Kita berbuka dengan kurma & air dulu ye..lepas tu kita solat Maghrib berjemaah."

Kelihatan beberapa sahabat tersenyum dan hanya mengangguk. Pantas tangan mencapai deretan buah kurma di depan mata. Bersilang-silang tangan menghulurkan suapan pertama kepada sahabat di kiri dan kanan. Hebatnya ukhuwwah. Langsung tidak dipedulikan perut yang kian menagih simpati kelaparan akibat puasa, malah didahulukan sahabat-sahabat yang lain. Terubat rindu kepada keluarga yang berada jauh di mata.

Senyuman dan tawa berselang seli sambil mengunyah kurma. Di ambil lagi sebiji kurma, di suap kepada sahabat di kanan. Lebihannya disuap pula kepada sahabat di sebelah kiri dan seterusnya sahabat di hadapan. Kemudian diri sendiri merasakan manisnya kurma walaupun tinggal bijinya sahaja. Tak lama selepas itu, datang pula huluran dari sahabat-sahabat lain yang ingin berkongsi sibiji kurma.

Teringat kisah di zaman Rasulullah di mana baginda berkongsi sebiji tamar bersama para sahabat. Semestinya sebiji tamar itu tidak cukup untuk mengenyangkan perut, tapi cukuplah untuk merasai manisnya. Begitulah indahnya ukhuwwah. Hanya sedikit sudah menggembirakan dan memuaskan hati.

Doaku agar ukhuwwah yang dibina berlandaskan aqidah perjuangan yang sama ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan diberkati Allah. Semoga wihdatul qalbi, wihdatul fiqh dan wihdatul amal menjadi tulang belakang ukhuwwah ini. Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku kepada insan-insan yang bersama mengharungi jalan ini. Uhibbuki fillah abadan abada. Amin.


Dituju khas buat sahabat-sahabat yang bersama mengejar mardhatillah..u know who you are..

Salam Ramadhan..



22 August 2009

Salam Ramadhan!


"Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi

17 August 2009

Mardhatillah

“Adik, kita kena baiki dulu hubungan dengan Allah, habluminAllah. Kalau hubungan dengan Allah ok, insyaAllah hubungan dengan manusia, habluminannas pun ok..”

Lia menatap skrin telefon bimbit. Mesej dari Kak Nurul itu dibaca berulang kali. Perlahan Lia mengusap air mata yang menitis di pipi.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa yang telah aku lakukan, sama ada aku sedar atau tidak. Sama ada sengaja atau tidak..Tegurlah aku sekiranya aku tersasar dari jalan kebenaran, yakni jalanMu Ya Allah.”

Pandangan Lia dialihkan ke arah sekeping surat diatas mejanya. Bulan ini sahaja, sudah tiga surat layang diterimanya. Isi kesemua surat itu hampir sama. Lia bingung. Entah dimana silapnya dia sendiri tak tahu.


Surat itu dilipat semula dan disimpan di dalam laci.

"Kenapa enti tak buang je surat-surat tu? Tak payah layan sangat kerenah orang. Mungkin diorang dengki dengan enti," teman sebilik Lia cuba memujuk.

"Tapi Ju, mungkin betul apa yang diorang cakap. Kalau benda tu tak betul, mana mungkin orang tulis macam tu," Lia membalas lemah.

Lia keliru. "Biarlah surat-surat itu disimpan daripada dibuang. Mungkin aku belum sedar apa silapku."

_________________________________________________________

"Setiap mukmin itu mempunyai senjata paling kuat iaitu doa. Berdoalah kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan pengharapan. InsyaAllah dimakbulkan..sesungguhnya Allah Maha Pemurah," jelas Kak Nurul.

"Lia kena ingat, jangan pernah putus asa dari rahmat Allah. Kalau kita ditimpa dugaan, bersabarlah dan bertawakkal kepada Allah. Don't give up..kalau kita putus asa, seolah-olah kita telah putus asa dari rahmat Allah,"

Lia mengusap titisan air di pipinya. "Ahh..sejak kebelakangan ini mudah sungguh air mataku menitis,"

Kak Nurul menatap wajah suram Lia. Kakak naqibah kesayangannya tidak pernah muak memberi kata-kata semangat dan menjadi pendengar setia keluhan Lia.

"Mungkin ni tarbiyyah dari Allah untuk Lia supaya Lia sedar kesalahan Lia. Hati-hati yang telah Allah pilih untuk berada di jalan ini akan diuji dengan sehebat-hebat ujian. Nak tau kenapa? Sebab ujian-ujian inilah yang memperkuatkan jiwa, mengentalkan hati."

"Cuba Lia muhasabah diri..perbaiki hubungan dengan Allah dahulu. Hubungan kita dengan Allah akan tergambar pada hubungan kita sesama manusia. Jika baik, maka baiklah."

Lia menarik nafas panjang. "Ya Allah, perbetulkanlah urusanku, perbetulkanlah niatku. Pimpinlah aku dalam mencari keredhaanMu. Berilah hambaMu ini masa untuk memperbaiki diri, berilah masa untuk aku mengenalMu. Jadikanlah ibadahku sebagai medan peperangan, matikanlah aku sebagai seorang yang syahid."

_________________________________________________________




يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ 

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."

(Al Baqarah: 153)


Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan sesiapa yang hidup atau mati, sihat atau sakit.

13 August 2009

Human Anatomy: A Microscopic View


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillahirabbil'alamin..Allah Almighty has given us the chance to breathe and live for another day. He is the Most Compassionate for giving us comfort, wealth and health. So little do we thank Him..

The programme that I am currently studying right now has nothing whatsoever to do with human anatomy. That is maybe one of the main reasons why I chose to write about it in this entry. (Not to say that I am tired of microbes)

The Qur'an describes how Allah created Adam: "We created man from sounding clay, from mud moulded into shape..." (15:26). And, "He began the creation of man from clay, and made his progeny from a quintessence of fluid" (32:7-8).

These microscopic photos are taken using a scanning electron microscope (SEM) which uses a total magnification of 250 000 times, which, obviously, can't be seen using the naked eye. Let us heal our iman and faith by witnessing the wonders of our Creator, Allah Almighty. Praise to Allah, SubhanAllah..


Ovum with the cell corona (Ovum dengan sel korona)


Sperms on the surface of ovum (Sperma di atas ovum)


Human embryo with sperms still intact (Embrio manusia yang masih terdapat sisa sperma)


Human embryo at day 6 (Embrio manusia pada hari ke-6)


"Have We not created you from a fluid (held) despicable? The which We placed in a place of rest, firmly fixed, For a period (of gestation), determined (according to need)? For We do determine (according to need); for We are the Best to determine (things)."

"Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang? Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh, Hingga ke suatu masa yang termaklum? Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!"

(Al Mursalaat: 20-23)


Alveoli at lungs (Alveoli pada paru-paru)


Lung cancer cells (Sel kanser paru-paru)


Red blood cells (Sel darah merah)


Hair in the ears (bulu di telinga)


Nerves on the tongue (Saraf pada lidah)


Blood vessel in the optic nerve (Salur darah dalam saraf optik)


"See they not how Allah originates creation, then repeats it? Truly that is easy for Allah"

"Tidakkah mereka melihat bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Dia mengulangilnya kembali? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah."

(Al-Ankabut:19)


Neuron Purkinje in the brain (Neuron Purkinje di dalam otak)


Plague on teeth (Plak gigi)


Split ends of hair (Hujung rambut yang bercabang)


Vilus at the small instestines (Vilus pada usus kecil)



“Seeking knowledge is compulsory on every Muslim.”

Wallahu'alam.


08 August 2009

Bahaya Futhur


Futhur bererti putus daripada amal setelah berterusan bergerak. Dalam aplikasi, apabila seseorang itu sudah berada lama di jalan ini, kemudiannya ia putus dari jalan ini atas sebab-sebab.

Futhur bahkan satu hal yang biasa bagi seorang yang bergerak kerja untuk Islam. Asalkan ia masih berada dalam sunnah nabi dan tidak terputus daripada jalan dakwah. Hanya malaikatlah makhluk yang berterusan beramal dengan kualiti terbaik.

Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya. [QS:21:19-20]

Kerana ini Rasulullah SAW berdoa; “Ya Allah, jadikanlah sebai-baik umurku akhirnya. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik amalku keredhaan-Mu. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik hariku saat bertemu dengan-Mu.


Sebab Musabab Futhur

1. Berlebihan dalam beragama

Berlebihan dalam satu-satu amal akan berhasil kepada terabainya kewajiban-kewajiban lain. Walhal sikap yang dituntut daripada kita ialah beramal dengan wasathiyyah (dengan lafaz to bukan tsa) atau sederhana dan di pertengahan agar tidak mengabaikan kewajiban yang lain.

Dalam hadith baginda nabi SAW bersabda;

Sesungguhnya deen itu mudah, tidaklah seseorang mempersulitkannya kecuali akan dikalahkan atau menjadi berat mengamalkannya.” [hadith riwayat Muslim]

2. Berlebihan dalam hal yang mubah

Mubah bererti hal-hal yang dibolehkan. Para sahabat terdahulu amat menjaganya disebalik kebolehan sesuatu hal itu. Mereka memilih untuk jauh dari hal yang mubah agar tidak terjatuh kepada haram. Berlebihan dalam makanan menyebabkan seseorang menjadi gemuk. Gemuk memberatkan badan, sehingga membuatkan orang menjadi malas. Malas membuatkan orang menjadi santai, lantas membawa kepada kemunduran.

3. Memisahkan diri dari kebersamaan atau jemaah

Ianyalah dengan mengutamakan seorangan dan berlepas diri dari jemaah. Bahkan jauhnya seseorang itu dari jemaah membuatkan dirinya didekati syaitan. Rasul SAW bersabda;

Syaitan itu akan menerkam manusia yang menyendiri, seperti serigala menerkam keldai yang terpisah dari kawanannya.” [hadith riwayat Ahmad]

Dengan berada bersama jemaah, seseorang itu akan mendapati senantiasa adanya aktiviti yang menghidupkan imannya, tsaqafahnya, amalnya dan lain-lain. Sedangkan keseorangan akan menyebabkan kita mudah merasa bosan. Seperti mana kata Saidina Ali r.a.; “Sekeruh-keruh hidup berjemaah, lebih baik daripada diam tidak bergerak hidup sendirian.”

4. Sedikit mengingat akhirat

Banyak mengingat akhirat akan menjadi pendorong untuk memperbanyakkan amal, sedangkan kontranya akan menyebabkan jiwa merasa bahawa dia akan hidup lama dan tidak perlu terkejar-kejar. Selalulah mengingat bahawasanya setiap amal kita baik dan buruk akan dihisab di hadapan Allah kelak. Rasulullah SAW bersabda;

“Jika sekiranya engkau mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau akan banyak menangis dan sedikit ketawa.”

5. Lalai dalam mutaba’ah amal

Tatkala seseorang tekun dalam ibadahnya, dan berterusan, membuatkan dirinya senantiasa berada dalam perlindungan perlindungan Allah. Maka hubungan dengan Allah itu menjadi baik dan terjaga. Ini kemudiannya membentuk satu fondasi dan asas rohaniyyah yang jitu dalam memapan amal dakwah. Namun, kelalaian dan tiadanya konsistensi dalam amal akan merenggangkan tali perhubungan dengan Allah. Apabila terjadinya hal ini, maka kondisi ruhiyyahnya akan terumbang-ambing dan menjadikannya sukar untuk menjaga hati.

Dakwah yang benar, selalu dimulakan dengan menyentuh hati manusia, sementara ibadah yang sedikit terlaksana akan memancarkan sinar yang kelam.
barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. [QS:24:40]
6. Memakan makanan yang haram apatah lagi syubhat

Setiap daging yang tumbuhnya daripada sumber yang haram, maka neraka lebih utama baginya”. Sabda nabi SAW.

Perlu diperhatikan daripada sumber mana al-akh mendapatkan makanannya. Kandungan atau bahan yang haram itu sudah tentu jelas, namun kepada sumber pendapatan kewangan mendapatkan makanan yang halal pun kadang-kadang daripada sumber yang haram. Maka ini bisa mengeraskan hati mereka yang memakan daripada sumber tersebut.

Para du’at perlu memerhatikan darimana sumber kewangan, sumber makanannya itu datang agar kelak dia tidak keras hatinya apabila dibantah dan ditegur.

7. Tidak siaga menghadapi tentangan

Setiap perjuangan selalu menghadapi rintangan. Al-haq dan al-bathil senantiasa berlumba-lumba membesarkan pengaruh mereka masing-masing. Di satu pihak pasti akan adanya pendukung al-haq, manakala di sisi sebelah yang lain, pastinya ada al-bathil, kedua-dua akan taqdirnya akan bertembung dan bisa menimbulkan fitnah.

Dalam bahasa Arab, kata ‘fitnah’ digunakan untuk merujuk kepada proses penyaringan emas daripada batuan. Kerana itu, ‘fitnah’ akan berlaku kepada setiap pendukung fikrah dan pembawa risalah. Dengan ‘fitnah’, Allah menyaring hamba-Nya yang tergolong dalam golongan Shiddiqiin, dan siapa yang Kazib (pendusta). Maka apabila bah ‘fitnah’ itu mampir, sementara tiada persiapan rapi untuk menghadapinya, maka ia akan tenggelam dibawa bah tersebut, lantas merubah orientasi perjuangannya, lalu menjadi futhur.

Firman Allah;
Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka... [QS:64:14]
8. Bersahabat dengan orang yang lemah

Orang yang lemah di sini merujuk kepada orang-orang yang buruk perinya dan bersemangat rendah. Keadaan suasana biasa menjadi kayu ukur kualiti seseorang. Teman yang baik akan melahirkan atau mewujudkan biah yang baik. Akan terbit suasana ta’awun (tolong-menolong) dan saling menasihati. Sementara kawan yang buruk akan melemahkan hammasah (kemahuan) yang asalnya tekad. Rasulullah SAW bersabda;

Seseorang atas diri sahabatnya, hendaklah melihat salah seorang di antara kalian dengan siapa ia berteman.” [hadith riwayat Abu Daud]

9. Tiada perancangan dalam amal

Amal yang tidak direncana, tidak memiliki sasaran dan matlamat yang jelas, tidak bisa melahirkan hasil yang dicita. Hanya ia menghasilkan kepenatan dan lelah sedang hasilnya tidak kunjung tiba. Kerana itu setiap amal perlu memiliki kerja yang sistematik.

10. Tenggelam dalam maksiat

Perbuatan maksiat akan menatijah dengan tenggelam dalam kefasikan. Sekiranya hal ini terjadi, maka sukar untuk seorang akh itu beramal untuk jemaahnya. Bahkan untuk menjaga diri sendiri pun sukar.


Langkah Pengubatan

1. Jauhkan diri dari maksiat

Maksiat mengundang kemurkaan Allah, seterusnya ia akan membawa kepada kesesatan.
Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia. [QS:20:81]
Jauh daripada maksiat akan mendatangkan kehidupan yang lebih berkat, lantas menghindar penyakit futhur.

Antara lain caranya untuk meninggalkan maksiat ini ialah tinggalkan tempat yang selalu apabila kita di sana berlakunya maksiat, dan pindahlah kepada kawasan yang lebih baik atau kepada biah yang soleh. Kemudian bersungguh-sungguh dalam membuang kemaksiatan tersebut serta berjanji tidak akan mengulangnya kembali. Bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat (nasuha)


2. Tekun dengan mutaba’ah amal

Amal yang tekun dan berterusan dapat melindungi para du’at untuk selalu berhubungan dengan Allah SWT, seterusnya ia bisa menjauhkan mereka daripada hal yang tidak diredhai Allah;
Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. [QS:25:63-64]
3. Mencari waktu-waktu yang baik untuk berdoa

Doa adalah senjata ampuh orang mukmin, kebejatan nilai akhlak islami dan pergantungan kepada Allah membuatkan manusia lalai daripada menggantung harap dan menyampaikan doanya kepada Allah. Bahkan kehidupan yang menjadikan material duniawi sebagai asas menjadikan kita lupa bahawasanya segala hal ini datang daripada Allah semata-mata dengan izin-Nya.

Banyak daripada hadith nabi menyebut tentang waktu-waktu yang Allah memperhatikan doa hamba-hamba-Nya. Sepertiga malam, hari jumaat, di antara dua khutbah, selepas asar hari jumaat, bulan ramadhan, zulkaedah, dan lain-lain.


4. Menjauhkan diri daripada hal-hal yang berlebihan

Berlebihan dalam kebaikan bukan sesuatu yang bijaksana, apalagi dalam hal kejahatan. Allah memerintahkan manusia sesuai dengan kemampuan mereka;
Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu [QS:64:16]
Islam ini indah dengan tawazunnya (keseimbangan). Diajarkan kepada pendukungnya agar mengejar akhirat, namun tidak melupakan dunia. Bahkan setiap dari hal itu punya haknya yang harus ditunaikan.

5. Melazimi jemaah

Berjemaah itu rahmat, firqah (perpecahan) itu azab.” Begitu sabda nabi SAW.

Dengan jemaah, muharrik akan sentiasa berada dalam majlis zikir dan fikir. Hal ini akan dapat memperbaharukan iman dan komitmennya semula. Bahkan, program dalam jemaah juga ada variasi dan kepelbagaiannya, dan bisa membantu daripada kebosanan dan kejumudan rutin.

6. Mengenal halangan mendatang

Ilmu dan pengetahuan para pembawa risalah akan tabiat jalan yang akan dilaluinya serta rintangan yang mendatang akan membuatkannya senantiasa siap dan siaga, tidak gentar untuk menerima aralnya. Firman Allah;
Dan berapa banyaknya Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. [QS:3:146]
7. Teliti dan sistematik dalam kerja

Dengan perancangan dan perencanaan yang baik, pembahagian tugas yang kelas, serta kesedaran akan tanggungjawab yang digalas, bisa mendatangkan keberhasilan. Perencanaan mendewasakan pendukung fikrah bahawa jalan yang ditempuhnya panjang, maka punya ekspektasi yang tinggi dan jauh ke hadapan. Tujuan yang lebih besar akan tercapai, kerana itu perlu kepada waktu, amal dan percubaan yang besar dan panjang.

8. Memilih teman yang soleh dan musleh

Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Hanyasanya perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang buruk adalah sebagai pembawa minyak wangi - yang baunya harum dan tukang besi. Pembawa minyak wangi ada kalanya memberikan minyaknya padamu, atau engkau dapat membelinya, atau setidak-tidaknya engkau memperoleh untuk mencium bau yang harum daripadanya. Adapun tukang besi, ada kalanya akan membakarkan pakaianmu atau engkau akan memperoleh bau yang busuk daripadanya." (Muttafaq 'alaih)

“Seseorang atas diri sahabatnya, hendaklah melihat salah seorang di antara kalian dengan siapa ia berteman.” [hadith riwayat Abu Daud]

9. Menghibur diri dengan hal yang mubah

Meluang masa dengan keluarga atau ahlul bait. Memberikan setiap hal haknya, rekreasi dan rehlah. Demi untuk menjana semula tenaga untuk amal dakwah.

10. Mengingat mati, syurga, dan neraka

Jika sekiranya engkau mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau akan banyak menangis dan sedikit ketawa.”



Khulasah

Mungkin ada beberapa hal di atas akan terlihat oleh sesetengah orang sebagai tidak relevan dalam pengubatannya, namun, realitinya, orang yang melihat di pinggir tidak akan melihat dengan cara yang sama orang yang berada di dalam medan ini melihat. Baharulah tahu dan faham konsekuensi dan pembawaannya.

Bahawasanya, futhur akan menyebabkan jalan dakwah yang tabiatnya panjang ini akan menjadi lebih panjang, kerana tidak mendapatkan ma’iyatullah (kebersamaan dan pembelaan Allah) dan daya intilaq (lompatan) kita menjadi lebih berat. Semoga Allah melindungi kita senantiasa.


Artikel ini diolah, diedit, ditambah daripada artikel asalnya di dakwatuna.com dan dirujuk dari sini.