PUTRAJAYA 1 Jun - Keputusan kerajaan untuk mengehadkan jumlah mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan membawa kesan negatif kepada para pelajar.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelajar tingkatan empat tidak perlu bimbang kerana keputusan muktamad mengenai perkara itu akan dilakukan secepat mungkin.
''Saya tahu pelajar tingkatan empat ada yang sudah merancang tentang mata pelajaran yang akan diambil pada tahun depan. Saya fikir tidak mengapa, bagi tujuan ilmu mereka boleh mengambil subjek tertentu dan selepas itu mereka boleh membuat pengubahsuaian apabila keputusan muktamad buat kelak,"
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran semalam dilaporkan berkata, keputusan muktamad mengurangkan bilangan subjek teras dalam SPM daripada enam kepada empat subjek akan diumumkan pada waktu terdekat.
Pengurangan bilangan subjek teras berkenaan akan membolehkan calon-calon SPM mempunyai lebih banyak pilihan untuk subjek elektif dalam peperiksaan tersebut. Muhyiddin menasihatkan para pelajar agar menjalani proses pembelajaran seperti biasa sehingga keputusan muktamad tersebut diumumkan.
''Keputusan yang telah saya bayangkan itu adalah untuk membantu para pelajar dan keluarga mereka selain memudahkan para guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
''Banyak kesan positif yang telah kaji akan dapat dihasilkan setelah kita memutuskan bagi mengehadkan jumlah pengambilan mata pelajaran," katanya.
Seriously, this is such a farce and travesty! Our education system is going haywire!
Sekiranya kerajaan mengambil keputusan muktamad untuk mengurangkan bilangan subjek SPM, bagaimana pula dengan pelajar-pelajar sekolah agama yang ingin mengambil matapelajaran Sains seperti Fizik, Kimia dan Biologi? Atau bagaimana pula dengan pelajar aliran Sains yang ingin mengambil subjek tambahan aliran Agama? Bagaimanakah kita akan melahirkan golongan ilmuan yang beragama sekiranya sistem ini dijalankan? Pelajar yang mengambil banyak subjek adalah diatas kemahuan dan kebolehan mereka sendiri. Mengapa perlu disekat?
Hadis Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.” Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4824
Kenyataan akhbar di atas berani mengatakan ‘tidak akan membawa kesan negatif kepada para pelajar’. Sememangnya kerajaan telah menyekat kebebasan pelajar untuk menceburi bidang-bidang yang mereka minati sekaligus melahirkan pelajar-pelajar yang berminda sekular dan terhad pengetahuan.
Kerajaan lantang memberi cadangan tersebut hanya kerana isu biasiswa. Salah pelajarkah kerana mengambil matapelajaran yang banyak? Atau salah kerajaan yang tidak mengkaji semula sistem pelajaran kita?
Jika hanya disebabkan oleh isu biasiswa, bukankah lebih baik sekiranya kerajaan menukarkan sistem penggredan kepada sistem PNGK. Kerajaan juga boleh mempertimbangkan cadangan menetapkan gred minima bagi setiap subjek sekiranya pelajar ingin memohon biasiswa dan tidak hanya memberi biasiswa berdasarkan jumlah A yang diperoleh.
Ana teruja melihat sebuah program ‘gameshow’ ‘Are You Smarter Than a 5th Grader’ oleh Amerika Syarikat. Soalan Matematik darjah 3 mereka adalah soalan yang hanya dipelajari oleh pelajar tingkatan 1 di Malaysia. Pada usia yang begitu muda, mereka telah pun diajar tentang sejarah negara dan luar negara, geografi dan pengajian sosial. Pelajar di negara kita pula telah di didik sejak kecil untuk belajar subjek yang terhad yang telah digariskan oleh pihak kerajaan oleh kerana sistem ‘exam-oriented’ iaitu UPSR.
Mengenai isu pengurangan subjek teras kepada 4 daripada 6 pula. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam/Moral. Kemungkinan besar yang akan berlaku adalah matapelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam/Moral digugurkan. Implikasinya pasti buruk dan menyedihkan. Ana tidak berapa faham tentang kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin, “Keputusan yang telah saya bayangkan itu adalah untuk membantu para pelajar dan keluarga mereka selain memudahkan para guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.”
Membantu bagaimana? Memudahkan guru mengajar?
Wallahu’alam.

9 comments:
sabar makcik
sabar...
erm..
memudahkan guru mengajar?
PPSMI tu bukan ke menyusahkan guru mengajar?
nape x setlekan dulu masalah PPSMI?
dh timbulkn lak masalah br
mane perginye konsep sijil terbuka?
pelik2
Secara jujurnya, kerajaan kini sebenarnya cuba mencipta suatu situasi di mana, masyarakat akan teralih perhatian mereka dari aspek PPSMI terhadap had bilangan subjek SPM pula...
Apa yang dijana oleh pihak kerajaan sebenarnya masih lagi tiada asas yang mampu untuk melaksanakan dasar tersebut...
Sesungguhnya, kita sebagai mahasiswa perlu bangkit bersama memperjuangkan hak adik-adik kita yang masih lagi di bangku sekolah...
Sinergikan pemikiran kita seperti Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang yang ingin melihat institusi sekolah juga perlu diperkasakan agar matlamat untuk mengangkasakan institusi pengajian tinggi tercapai...
sjil terbuka, ppsmi, mane semua pergi?
smua ada celah ketiak muhyidin..huhu..
sdh2..sob..sob..
betul3..
tak settle lg masalah ppsmi da ada isu lain...
erm...kasian kan yg menjadi mangsa pelajar agama khususnya..nak belajar pun kna sekat2...
kalau 11 subjek sje..susahla utk pelajar sains dan agama.berapa je boleh ambik...??cket je la subjek agama yg dapat diambil..??
ni satu penindasan namanye bukannye nak memudahkan guru dan pelajar?
dahla sistem pendidkn kiter exam oriented..so melalui subjek yg diambil dalam exam la student nak mempelajari ilmu...
bukankah sistem pendidkan kite sendiriyg all this while mendidik minda pelajar utk belajar subjek yg diambil dalam exam( exam oriented)..so apalah salahnye nak ambik banyak subjek dalam exam???
and sekarang biler disekat...maybe student akan belajar cket jela...yg 11 subjek jer..maner plak kepentingan subjek lain
contoh subjek teras...macam sume tu penting beleka tapi bile terpaksa digugurkan...apa kan jadi.??
kpm selalu cam ni
kenapa lah pendek akal sangat..
nak settle penguasaan bi rendah dikalangan pelajar,ambik tindakan salah...patutnyer perkasakan subjek b.i bukannya ajar bi dalam mate n sns..ncamner pelajar nak catch up bahasa inggeris dan subjek mate dn sns at one time
mane bleh?..
kalau nak blajar dn kuasai bahasa tu..kna bleja bahasa tu jer takder campur dengan subjek lain...
kerana sikap gopoh gapah "org org ni"akhirnya mewujudkan dasar ppsmi..
yg memang tak berasas..
Then, sekarang tak beri kebebasan nak ambil subjek yg diminati pelajar plak...
nak bataskan kemampuan pelajar??knape??ape kehe?
alasan biasiswa tu memang remeh temeh...
erm munkin dah tak keruan kot pelajar cemerlang spm sejak kebelakangan ni didominasioleh pelajar aGama yg dapat banyak A...
kalau pelajar agama dPT BANYAK A
mulalah nak sekat2...
bfore this takder lak bising bising
emh....apa apa aje lah.mnusia sekarang nih ye>>pening2..!!
semua benda pun nak disekularisme kan..
sekarang kna pker camner nak fight benda ni
n kiter ken terus tentang benda2 cam ni...
demi adik adik kiter oh maybe anak anak kiterr nanti..rite?
'n' tu sape ek? tuan tanah blh gtau n spya tulis proper sket, then hntr ke email kementerian.. hee~
entah lah.tak tau sape 'n'..huhu.
pape pun, kpd sape2 yang ada pendapat atau cadangan yg bernas, boleh lah email kpd Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin bin Mohd Dom:
alimuddin.dom@moe.gov.my
wah.. mantap isu.. thanks la, klu tak, tak tau pn hal ni..
by the way..
sekali lalu baca.. terasa pelik lak..
bkn ke dia cuma kurangkan subjek teras.. bukannya menghadkan subjek yang pelajar boleh amik time exam.. so, apa yang tersekatnye bak kata penulis blog ni? hohoho.. tak paham lak, maybe sebab baca post ni dlm keadaan mamai.. hoho..
klu dh mmg pelajar aliran agama tu nak amik semua subjek sains tu, amik la.. ke, dihalang?
tp kan, klu la nk pilih atr 6 tu, rasa mcm semua subjek tu penting giler! even dlu tak suka sejarah, baru2 ni jumpe mcm2 orang international.. bila masing2 cite psl sjarah masing2.. terasa mcm, "aku nak baca buku sejarah aku balik!".. subjek BM dan agama tu, insyaAllah tak terbuang kot.. klu dia buang, kita buat demonstrasi ramai2.. hahaha.. kan demonstrasi dah jadi budaya Malaysia.. kah3..
math dan sains takkan kot.. sbb kecoh2 PPSMI tu.. english pn lagi la takkan kan.. habis, BM? hahaha.. mengamuk la lagi orang2 bahasa.. sbg org bukan bahasa pun, still rasa jati diri tu penting.. huh.. campak kan sorang2 menteri ni sendiri2 kat lain2 negara.. biar diorang faham apa maksud jati diri dan kewarganegaraan.. haih..
ok.. sori, pjg lak utk 1st time melawat blog ni..
btw, i cant understand why ada sekatan.. sbb sefaham petikan tu, nampak mcm dia kurangkan subjek wajib, teras.. bkn sekat kan? klu slh paham, gtau la ye..
ok.. tata..
(ni blog sape ek. hehehe..)
>ayen:
ayat first dalam petikan akhbar tu dah menjelaskan tindakan mengehadkan subjek..
PUTRAJAYA 1 Jun - Keputusan kerajaan untuk mengehadkan jumlah mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan membawa kesan negatif kepada para pelajar.
hehe...
ha ah.. betul..
dh diamati ni..
mmg tulis menghadkan jumlah subjek..=D
tp bila keratan tu tulis bab subjek teras dari 6 nak jadi 4, tu nampak mcm dia nak hadkan subjek wajib tu pulak.. tu yg kompius tu.. ngeh3..
btw.. thanks..
Post a Comment