02 June 2009
Lesson For Today
Hadis Huzaifah bin Al-Yaman r.a katanya:
Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya:
Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?
Rasulullah menjawab: Ya.
Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?
Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.
Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenal dan ada yang kamu tidak mengenalinya.
Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?
Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu.
Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.
Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.
Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.
Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?
Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3434
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment