06 August 2012

Tujuh belas



Sudah tujuh belas Ramadhan.

Allah sudah takdirkan hari ini saya berada di lab, menghadap sel kanser buat sekian kali. Memahami ragam dan isi hati manusia di depan mata pun sukar, apa lagi memahami sel yang tidak nampak dengan mata kasar. Hebat bukan? Allah yang menciptakan sebesar-besar alam, juga pencipta sekecil-kecil zarah..

Tujuh belas, bermakna tinggal tiga hari lagi sebelum sepuluh yang terakhir. Saya, masih mencari-cari perkara luar biasa yang perlu dilakukan. Kata Ustaz Zaharuddin tempoh hari, sepuluh akhir Ramadhan haruslah dilakukan sesuatu diluar kebiasaan dan norma selama ini. Meninggalkan sesuatu yang sangat disukai - Facebook, movie, lagu - atau melakukan perkara yang sangat sukar sebelum ini - Qiam, baca Quran 2 juzuk sehari, iktikaf.

Tadi terfikir lagi. Kalau esok ditakdirkan mati, bagaimana dengan hutang duit, hutang puasa, hutang solat? Bagaimana dengan janji yang belum sempat ditunaikan? Bagaimana dengan dosa-dosa yang masih diulang-ulang?

Hari ini emosi kurang stabil. Rasa hopeless, useless. Mungkin kerana hari ini hari yang ketujuh belas. Hari Perang Badar.  Hari di mana umat islam berperang menegakkan Islam, tetapi saya?


.


Buat hati yang bersedih, hati yang lemah. Buat jiwa-jiwa yang sesak dan sempit.

"Dan janganlah kamu (berasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,
kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman."

"Jika kamu (pada Perang Uhud) mendapat luka,
maka mereka (pada Perang Badar) juga mendapat luka yang serupa.

Dan masa (kejayaan dan kegagalan) itu Kami pergilirkan di antara manusia,
(agar mereka mendapat pelajaran)

dan agar Allah membezakan orang-orang beriman
(dengan orang-orang yang kafir)..."

Ali 'Imran, 139-140.


1 comment:

arjunasetia said...

Assalamaualaikum, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Aidilfitri", semoga kina izzati dan keluarga sentiasa berada dalam perlindungan, rahmat dan barakah dari Allah SWT. Maaf zahir dan batin. :)