04 December 2009

2012

kinazzati: salam

kinaizzati: bz?

halawatuliman: wasalam..tak lah. enti sehat? lama x dgr cerita.

kinaizzati: sehat alhamdulillah.ana jarang on YM sekarang..enti tgh cuti sem kan? sampai bila?

halawatuliman: yep2..cuti. sampai hujung dis.enti?

kinaizzati: best nye..ana dah start klas 14 dis..

halawatuliman: awalnya..eyh, enti dah tgk 2012?

kinaizzati: dah! baru tgk kelmarin..nape?

halawatuliman: ye lah..diorang predict tarikh doomsday tu sama dengan birthday enti kan?

kinaizzati: aduiyai..kebetulan je tu..

halawatuliman: hehe.enti rasa cerita tu mcm mana?


khairinaizzati: mcm mana apa?

halawatuliman: ye lah..jalan cerita dia, plot..

kinaizzati: erm..overall okay lah.cuma ana nampak movie ni macam nak 'lawan' kekuasaan Tuhan & cuba menekankan yang manusia mampu survive hari kiamat.

halawatuliman: betul..ana tak puas hati scene last tu. mcm mana ada orang boleh survive catastrophy mcm tu.

kinaizzati: bukan scene last tu je. prediction diorang yang 2012 nnti kiamat tu mmg tak boleh terima pakai kalau dalam Islam.

halawatuliman: ? maksud enti?

kinaizzati: ye lah..manalah kita nak tau bila kiamat berlaku. tu semua rahsia Allah..enti bayangkan, tiket untuk 2012 ni semua dah sold out kat pawagam..berapa ramai umat Islam yang tengok cerita ni? dan berapa ramai pulak yang ada asas kefahaman & akidah yg kukuh untuk yakin yg tak mungkin manusia dapat predict tarikh kiamat. benda mcm ni boleh rosakkan akidah umat Islam..

halawatuliman: betul gak..cuba kalau yang tengok cerita tu tak berapa fhm ttg Islam..mesti terdetik gak kat hati yang kiamat akn berlaku 2012 nnti.naudzubillah..yang ana pelik dengan org Barat ni, diorang percaya yang diorang ni sangat bijak dan pandai sampaikan dapat predict tarikh kiamat & bersiap sedia untuk hadapi kiamat. siap buat kapal lah mcm nabi Nuh..

kinaizzati: tu lah..dah tertulis pun dlm Quran yang tarikh kiamat ni rahsia Allah..buktinya surah Al-Mulk ayat 26, "sesungguhnya ilmu ttg hari kiamat itu hanya ada pada Allah". apa lagi yang nak pertikaikan.. lg satu, events leading to the end of the day dalam cerita ni tak ikut 'prosedur' yang dijanjikan Allah..dajjal, imam mahdi..

halawatuliman: ana rasa ni bukan agenda kristianisasi sbb dalam filem tu tak tekankan sgt ttg agama. lagipun cara berlakunya kiamat bercanggah dengan apa yang ditulis dalam Bible. ni semua cubaan org Barat untuk buktikan yang diorang boleh kalahkan kuasa Tuhan. mungkin golongan yang bertungkus lumus buat filem ni tak mendalami agama diorang.mungkin gak diorang tak percaya pun dengan adanya Tuhan.

kinaizzati: erm..setuju. mcm muslim jugak..semua orang Islam adalah muslim, tapi bukan semua mukmin. agama2 lain pun ada yang practising & non-practising..

halawatuliman: cuma yang ana salute, grafik yang diorang guna untuk gambarkan hari kiamat. of course lah kalau nak diikutkan apa yang manusia boleh gambarkan tu tak sehebat hari kiamat yang sebenar-benarnya. tapi at least bila kita tgk filem ni, kita akan rasa gerun dan terfikir 'kalau manusia boleh gambarkan hari kiamat mcm ni, maka hari kiamat yang sebenar2nya tentulah lg dasyat dan lebih menggerunkan..tak terbayang dengan akal fikiran'.

kinaizzati: yeh..bayangkan berbaris-baris ayat Quran yang cerita pasal hari kiamat..juz amma penuh dengan cerita ttg kiamat. langit terbelah, bintang-bintang jatuh, laut meluap-luap, perempuan mengandung gugur anaknya..masyaAllah..

halawatuliman: maksudnya filem 2012 ni bukanlah cerita psl hari kiamat sbb ada survivors..kan? filem ni pasal bencana alam.

kinaizzati: sangatlah setuju..paling tepat sekali bencana alam. semua orang sibuk ckp 2012 ni pasal end of the world..tu doktrinisasi barat atau spekulasi kita sendiri?

halawatuliman: wallahu'alam..

halawatuliman: peringatan untuk ana jugak - "Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". (Surah al-Hujurat: 6)

kinaizzati: syukran ukhti..

halawatuliman: afwan.. :)

___________________________________________________
* ID YM diatas telah diubah untuk menjaga privasi.


Sedikit tambahan..

Apa beza filem 2012 dan 2012: Doomsday?

1. Filem 2012 adalah arahan Roland Emmerich yang dikeluarkan pada Disember 2009. Poster-poster filem 2012 hanya menggunakan tema 'who will be left behind?' dan 'we we're warned' dan tidak menyebut langsung tentang hari kiamat, end of the world atau doomsday. Jadi ada kemungkinan filem ni berkaitan bencana alam. betul?



2. Filem 2012: Doomsday pula adalah arahan Nick Everhart yang dikeluarkan pada Februari 2008. Poster filem ini secara jelas dan terang menceritakan tentang kisah epik kristian, kod omega, doomsday dan kiamat.



Apa pula persamaan kedua-dua filem ini?

Dua-dua merepek. fullstop.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Buang yang buruk, ambil yang baik..

Wallahu'alam.

5 comments:

Unknown said...

Tak berminat langsung tengok cerita & movie ketika nie...
Tak ada nafsu dan langsung tak update informasi mengenai segala tayangan cerita terbaru...

Unknown said...

kak kina, sebenarnya 2012 adlh cerita ttg ramalan kalendar astronomi kaum mayan bhw pusingan alam kita ni akn berakhir pd 21/12/2012. dan, lps tu, menurut 1 teori, akn b'mula zaman baharu bg tamadun manusia. sebab tu dorg bole survive, utk mulakan pusingan baharu. kalendar astronomi mayan adlh tepat, cuma sama ada akn b'laku bencana besar seluruh dunia, itu mungkin tak tepat sbb kita 'perlu masa' utk jadual Allah b'jln.

pendek kata, film ni sekadar teori ttg ape yg akn b'laku pd tarikh tu. ada lbh kurg 9 teori ttg ni sbnrnya. menariknye, kaum mayan sendiri tak kate pown yg itu tarikh kiamat. org barat tu yg bodoh. dan 1 lagi, sstgh org kaitkn kaum mayan dgn dajal, yakni, dajal pernah bersame mereka dan mengajar ilmu2 astronomi.

2012:doomsday, sy tak tau sbb tak tgk..hee~

azhari azmi said...

fuh nice sembang kat ym tu. x pnah tak terfikir nak copy paste perbualan. btw memang agree lah with all those things yang korang borak.

Khairina 'Izzati said...

faiz: betul..akak tau. maksud akak kat sini tanggapan org luar yg bermacam2 dan tak faham sebenarnya msg cerita 2012. thanks for the explanation..

Hafizhilmi said...

kt kinokuniya, ad hmpir 1 rak bku tntg 2012. dn hmpir smua kulit bku tu, mnurut tfsiranku ad mksud n kaitan tntg illuminati..wallahualam