09 July 2009

Bagaimana syaitan menakluki hati manusia

Assalamu'alaikum w.bt..

Maaf, lama tak update blog ni..komitmen terhadap *JKM, *MHS dan akademik menyebabkan ruang untuk blogging terhad buat sementara waktu. Komitmen terhadap dakwah? Huh..malu rasanya untuk mengaku sebagai dai'e sedangkan diri sendiri masih belum 100% memberi komitmen untuk mengamalkan amar makruf nahi mungkar..

Entry kali ni, ingin saya kongsikan petikan dari sebuah buku. Al-Tahtawi menjelaskan dalam kitabnya Fathu al-Mannan Bi Ahkam al-Jan, gambaran penguasaan syaitan ke dalam hati manusia digambarkan menerusi bandingan berikut:


"Hati laksana benteng, benteng itu berpagar, dan pagar itu mempunyai pintu. Penghuni di dalamnya ialah akal. Para malaikat sering berjaga di kawasan benteng itu. Tetapi di situ juga ada tempat bersembunyi yang akan didatangi oleh syaitan.

Peperangan sentiasa berlaku antara penghuni kota iaitu akal dan syaitan berserta gurkhanya iaitu nafsu. Syaitan tak pernah berhenti mencari helah dan waktu untuk menyerang. Maka penjaga hendaknya mengetahui berapa bilangan pintu kota dan bagaimana menangani kemaraan musuh.

Kota ini akan diterangi dengan zikir yang diamalka
n, menjadikan padanya cermin yang akan menerbalikkan imej setiap yang melaluinya. Maka syaitan dan tenteranya akan berusaha mencari helah, antaranya dengan mewujudkan kepulan asap. Asap yang akan menggelapkan suasana hingga pengawal tidak nampak apa yang berlaku.


Asap ini juga turut melekat pada cermin yang mengakibatkan kita tidak nampak imej yang sebenarnya. Istiqamah dengan zikir mampu membersihkan cermin menjadikannya reflektif semula. Demikianlah pertarungan sengit yang sentiasa berlaku dalam diri kita.

Semakin kuat keimanan, semakin dasyat cabaran yang harus ditempuhi. Kadangkala angin kencang bertiup menyemarakkan asap nyalaan iblis hingga para penjaga terlepas musuh masuk ke dalam mempengaruhi penghuninya iaitu akal."

Begitulah analogi bagaimana hati manusia ditakluk oleh syaitan..kita sedang berada dalam arena peperangan yang dasyat dan senjata utama umat Islam adalah solat dan bangun malam. Istiqamahlah dalam perjuangan..

Wallahu'alam.

* JKM: Jawatankuasa Kolej Mahasiswa
* MHS: Minggu Haluan Siswa

No comments: