30 December 2009

Pilihanraya Kampus: Tanggungjawab Memilih Pemimpin

Bahang Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini bukan sahaja semakin terasa, tapi kemungkinan juga hampir membakar ketenangan warga kampus UTM Skudai. Perang flyers sudah pun bermula sejak minggu lepas. Tetapi entry kali bukanlah untuk mengulas secara lanjut tentang perang flyers mahupun Evo-M atau Pro-M. Muak rasanya melihat keletah mahasiswa yang cepat sungguh melatah dan membuat spekulasi tanpa menyelidik akar umbi perkara tersebut. Anda boleh klik disini, disini atau disini untuk menilai sendiri siapa yang betul.

Kembali kepada maudu' utama. Secara jujurnya, saya berasa amat bimbang melihat kelesuan masyarakat kampus yang tidak cakna dan mengambil enteng isu berkaitan PRK. Contoh terdekat adalah sewaktu Petisyen Pemurniaan PRK diedarkan ke setiap fakulti. Bayangkan, jumlah tandatangan yang dipungut hanyalah 10% daripada hampir 20,000 mahasiswa UTM. Adakah ini juga bermakna hanya 10% mahasiswa UTM yang betul-betul faham apa itu PRK?

Jangan pula cuba untuk berdalih dan mempertahankan diri dengan mengatakan mahasiswa yang tidak menandatangani petisyen itu tidak menyokong usaha pemurnian PRK. Ini adalah kerana, rata-rata mahasiswa yang mendapat petisyen tersebut hanya memandang sebelah mata dan menolak kertas tersebut setelah melihat perkataan 'Pilihanraya Kampus'. Ada juga yang takut untuk menandatangani petisyen tersebut kerana bimbang akan digantung pengajian dan dipanggil oleh pihak HEP. Jika benar masyarakat kampus sebenarnya takut, adakah ia disebabkan oleh doktrinisasi beberapa pihak tertentu yang bertindak mengugut dan menakut-nakutkan mahasiswa? Apakah kita tidak tahu hak-hak kita sebagai seorang mahasiswa?

Apakah PRK?

Jika soalan ini ditanya kepada masyarakat kampus UTM, saya amat yakin dan percaya bahawa masih ramai yang tidak tahu jawapannya. PRK sebenarnya merupakan medan politik kampus yang membolehkan mahasiswa menggunakan sepenuh kuasa untuk memilih pimpinan kampus. Realitinya, masyarakat kampus hari ini sensitif terhadap perkataan ‘politik’ itu sendiri. Asbab yang mungkin menjadi faktor utama perkara ini berlaku adalah kerana imej politik negara yang kian dicemari dengan palitan fitnah dan perebutan kuasa. Pengaruh pilihanraya kampus yang ada di Malaysia telah sengaja diperlekehkan atau dijadikan sesuatu yang kurang relevan. Hal ini mungkin juga berkait rapat dengan doktrinisasi AUKU terhadap mahasiswa. (baca: AUKU)

Seorang sahabat pernah bertanya, "Kenapa kita kena terlibat dengan PRK ni? Bukan ke tujuan utama masuk universiti untuk belajar. Buat apa nak sibuk-sibuk dengan politik?" Jawapannya mudah: Anda mempunyai tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang adil!

Politik menurut Islam

Politik, atau di dalam bahasa Arab, siasah, bermaksud pentadbiran atau ilmu untuk mentadbir. Ibnu Aqil mengatakan, “Siasah Syariyyah ialah apa-apa tindakan(kerajaan) yang membawa kepada manusia kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada keburukan, sekalipun ianya tidak ditetapkan oleh Rasulullah dan tidak terdapat dalam wahyu yang diturunkan.”

Mana mungkin negara Madinah menjadi negara Islam pertama jika tiada istilah politik dalam Islam. Di Universiti Malaya sendiri, politik itu diraikan dan diperlihatkan kepentingannya dengan adanya Fakulti Siasah Syariah. Jika dilihat semasa pemerintahan Khulafa Ar-Rasyiddin, keempat-empat khalifah dilantik dengan cara yang berbeza-beza dan mereka menjalankan dasar pemerintahan mengikut corak keadaan semasa atau waqi'. Walau bagaimanapun, matlamat utamanya tetap menegakkan daulah Islamiyyah.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa ayat 59, bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah S.W.T dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.W. dan kepada Ulul Amri (golongan pemerintah yang adil) dari kalangan kamu.” Maka bolehlah dijelaskan di sini bahawa setiap umat Islam itu mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memilih pemimpin yang adil, yakni mentadbir mengikut syariat Islam. Dalam konteks pemerintahan sekarang, persoalan yang ingin saya utarakan adakah Malaysia merupakan sebuah negara Islam atau adakah ia hanya tertulis di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara semata-mata? Negara Islamkah jika undang-undang dan perlembagaan bersifat sekular?

Mahasiswa menongkah era revolusi

Jika kita berasa muak dengan politik murahan negara, seharusnya kita bangkit dan memperjuangkan politik kampus demi revolusi mahasiswa. Aktivis mahasiswa terdahulu telah memperjuangkan hak-hak mahasiswa dengan berani tanpa mengenal erti kecut dan takut. Mengapa tidak kita? Mengapa pula zaman yang serba canggih dinaungi teknologi ini menjadikan mahasiswa lemah dan lesu? Adakah mahasiswa zaman ini berada di 'zon selesa'? Jika benar, inilah sebenarnya dalang kepada kemunduran mahasiswa.

PTPTN dan segala jenis bantuan kewangan seolah-olah menutup mulut mahasiswa daripada bersuara dan vokal terhadap hak-hak mahasiswa. Dogma dan persepsi bahawa mahasiswa IPTA perlu akur dengan tindakan kerajaan kerana kerajaan telah melaburkan banyak wang demi mahasiswa haruslah dikaji semula. Ini adalah kerana wang yang digunakan oleh kerajaan adalah wang rakyat sendiri yang diperoleh dari cukai-cukai. Bukanlah maksud saya disini untuk menyokong mahasiswa untuk membangkang pihak kerajaan, tapi apa salahnya mahasiswa menjadi golongan 'check and balance'.

Wallahu'alam.


04 December 2009

2012

kinazzati: salam

kinaizzati: bz?

halawatuliman: wasalam..tak lah. enti sehat? lama x dgr cerita.

kinaizzati: sehat alhamdulillah.ana jarang on YM sekarang..enti tgh cuti sem kan? sampai bila?

halawatuliman: yep2..cuti. sampai hujung dis.enti?

kinaizzati: best nye..ana dah start klas 14 dis..

halawatuliman: awalnya..eyh, enti dah tgk 2012?

kinaizzati: dah! baru tgk kelmarin..nape?

halawatuliman: ye lah..diorang predict tarikh doomsday tu sama dengan birthday enti kan?

kinaizzati: aduiyai..kebetulan je tu..

halawatuliman: hehe.enti rasa cerita tu mcm mana?


khairinaizzati: mcm mana apa?

halawatuliman: ye lah..jalan cerita dia, plot..

kinaizzati: erm..overall okay lah.cuma ana nampak movie ni macam nak 'lawan' kekuasaan Tuhan & cuba menekankan yang manusia mampu survive hari kiamat.

halawatuliman: betul..ana tak puas hati scene last tu. mcm mana ada orang boleh survive catastrophy mcm tu.

kinaizzati: bukan scene last tu je. prediction diorang yang 2012 nnti kiamat tu mmg tak boleh terima pakai kalau dalam Islam.

halawatuliman: ? maksud enti?

kinaizzati: ye lah..manalah kita nak tau bila kiamat berlaku. tu semua rahsia Allah..enti bayangkan, tiket untuk 2012 ni semua dah sold out kat pawagam..berapa ramai umat Islam yang tengok cerita ni? dan berapa ramai pulak yang ada asas kefahaman & akidah yg kukuh untuk yakin yg tak mungkin manusia dapat predict tarikh kiamat. benda mcm ni boleh rosakkan akidah umat Islam..

halawatuliman: betul gak..cuba kalau yang tengok cerita tu tak berapa fhm ttg Islam..mesti terdetik gak kat hati yang kiamat akn berlaku 2012 nnti.naudzubillah..yang ana pelik dengan org Barat ni, diorang percaya yang diorang ni sangat bijak dan pandai sampaikan dapat predict tarikh kiamat & bersiap sedia untuk hadapi kiamat. siap buat kapal lah mcm nabi Nuh..

kinaizzati: tu lah..dah tertulis pun dlm Quran yang tarikh kiamat ni rahsia Allah..buktinya surah Al-Mulk ayat 26, "sesungguhnya ilmu ttg hari kiamat itu hanya ada pada Allah". apa lagi yang nak pertikaikan.. lg satu, events leading to the end of the day dalam cerita ni tak ikut 'prosedur' yang dijanjikan Allah..dajjal, imam mahdi..

halawatuliman: ana rasa ni bukan agenda kristianisasi sbb dalam filem tu tak tekankan sgt ttg agama. lagipun cara berlakunya kiamat bercanggah dengan apa yang ditulis dalam Bible. ni semua cubaan org Barat untuk buktikan yang diorang boleh kalahkan kuasa Tuhan. mungkin golongan yang bertungkus lumus buat filem ni tak mendalami agama diorang.mungkin gak diorang tak percaya pun dengan adanya Tuhan.

kinaizzati: erm..setuju. mcm muslim jugak..semua orang Islam adalah muslim, tapi bukan semua mukmin. agama2 lain pun ada yang practising & non-practising..

halawatuliman: cuma yang ana salute, grafik yang diorang guna untuk gambarkan hari kiamat. of course lah kalau nak diikutkan apa yang manusia boleh gambarkan tu tak sehebat hari kiamat yang sebenar-benarnya. tapi at least bila kita tgk filem ni, kita akan rasa gerun dan terfikir 'kalau manusia boleh gambarkan hari kiamat mcm ni, maka hari kiamat yang sebenar2nya tentulah lg dasyat dan lebih menggerunkan..tak terbayang dengan akal fikiran'.

kinaizzati: yeh..bayangkan berbaris-baris ayat Quran yang cerita pasal hari kiamat..juz amma penuh dengan cerita ttg kiamat. langit terbelah, bintang-bintang jatuh, laut meluap-luap, perempuan mengandung gugur anaknya..masyaAllah..

halawatuliman: maksudnya filem 2012 ni bukanlah cerita psl hari kiamat sbb ada survivors..kan? filem ni pasal bencana alam.

kinaizzati: sangatlah setuju..paling tepat sekali bencana alam. semua orang sibuk ckp 2012 ni pasal end of the world..tu doktrinisasi barat atau spekulasi kita sendiri?

halawatuliman: wallahu'alam..

halawatuliman: peringatan untuk ana jugak - "Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". (Surah al-Hujurat: 6)

kinaizzati: syukran ukhti..

halawatuliman: afwan.. :)

___________________________________________________
* ID YM diatas telah diubah untuk menjaga privasi.


Sedikit tambahan..

Apa beza filem 2012 dan 2012: Doomsday?

1. Filem 2012 adalah arahan Roland Emmerich yang dikeluarkan pada Disember 2009. Poster-poster filem 2012 hanya menggunakan tema 'who will be left behind?' dan 'we we're warned' dan tidak menyebut langsung tentang hari kiamat, end of the world atau doomsday. Jadi ada kemungkinan filem ni berkaitan bencana alam. betul?



2. Filem 2012: Doomsday pula adalah arahan Nick Everhart yang dikeluarkan pada Februari 2008. Poster filem ini secara jelas dan terang menceritakan tentang kisah epik kristian, kod omega, doomsday dan kiamat.



Apa pula persamaan kedua-dua filem ini?

Dua-dua merepek. fullstop.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Buang yang buruk, ambil yang baik..

Wallahu'alam.