30 April 2009

Kisah Orang Yang Meninggalkan Solat..

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.




Pesanan Untuk Muslimin


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”


· Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


· Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.


· Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


· Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


· Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


· Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazali


29 April 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Assalamu'alaikum w.b.t..


KONVESYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS

Tarikh: 9 Mei 2009
Hari: Sabtu
Masa: 8 pagi - 5 petang
Tempat: Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur
Penyertaan: RM 10 (dibayar semasa hadir)
Anjuran: PEMBINA dan Aman Palestine
Maklumat lanjut di http://www.kbaz.net

Konvensyen yang bertujuan mengumpulkan para belia dari seluruh pelusuk tanah air agar menghayati dan memahami isu ini turut akan mengadakan pameran dan jualan sepanjang berlangsungnya konvensyen.


PANELIS :

1. Dr. Mohsen Saleh , Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London

2. Dr. Azzam al-Tamimi , Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan

3. Dr. Roslan b Mohd Nor , Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006 , PhD in 'Islamic Jerusalem Studies', Aberdeen University Scotland


ATURCARA KONVESYEN

8.00 pg: Pendaftaran Peserta

8.30 pg: PEMBENTANGAN 1 - Dr. Roslan bin Mohd Nor (Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)

9.30 pg: Ucapan - Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman (Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)

10.45 pg: Jamuan ringan

11.00 pg : Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimi (Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)

12.00 tgh: Pembentangan 3 - Dr. Mohsen Saleh (Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)

1.00 ptg: Rehat, makan dan solat

2.00 ptg: Pembentangan 4 - Dr. Azzam al-Tamimi (Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)

3.00 ptg: Pembentangan 5 - Dr. Mohsen Saleh (Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)

4.00 ptg: Majlis Penutup & Ucapan Penangguhan - Dr. Kamil Azmi Tohiran , Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)


Penyertaan masih terbuka kepada semua. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai konvensyen ini bolehlah mendaftarkan diri kepada nama-nama dibawah, tempat adalah terhad:

Telefon: 03-8926 7019
Faksimili: 03- 8925 9963
E-mail: kbaz2009@yahoo.com
Website: http://kbaz.net/
SMS: taip dan hantar ke 019 - 6077372


BERMINAT MENAJA?

Kepada sesiapa yang ada kelapangan wang ringgit atau mempunyai sahabat handai yang dermawan serta hartawan bolehlah menghulurkan derma bagi menjayakan program yang besar lagi bermakna kepada kita semua.

Derma bolehlah disalurkan kepada:
Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787
Bank Muamalat Malaysia Berhad: 12070005133717