KRP UTM, 22 Julai- Sayu hati seluruh warga JKM KRP apabila mendapat berita yang sungguh menyedihkan ini. Sungguh tidak disangka-sangka saudari Nur Amalina binti Mazlan, Timbalan Ketua Biro Keusahawanan JKM KRP yang sentiasa ceria, hari ini telah menerima satu dugaan hebat melalui berita kematian ayahandanya yang tercinta.
Kami dimaklumkan bapa Amalina telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu petang tadi. Semasa kejadian, bapa beliau sedang menaiki motosikal. Mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta dan mengalami kecederaan parah di kepala.
Sementara itu, En Syamsul Hendra b. Mahmud, Felo Penasihat JKM KRP telah menguruskan perjalan pulang saudari Amalina ke kampung halaman di Terengganu. Saudari Amalina telah bertolak pulang dari Kolej pada jam 8.40 pm menggunakan kenderaan Fortuner HEP A dan ditemani empat orang sahabat JKM. Beliau dijangka tiba di Terengganu pada jam 4 pagi nanti.
Namun, ibu saudari Amalina memaklumkan bahawa jenazah mangsa akan dikebumikan pada malam ini juga atas nasihat Doktor. Saudari Amalina dijangka tidak sempat untuk menatap wajah mangsa.
Takziah diucapkan kepada saudari Amalina sekeluarga.
Penceramah: Ust. Dr. Abdurrahman bin Hamzah (PPIPS, UTM)
* Pihak penganjur ingin memohon maaf di atas pertembungan program ceramah Isra' Mikraj di Kolej Tun Razak. Pihak penganjur tidak dapat menukar tarikh program kerana Dewan Seri Meranti telah di fully booked untuk gerak kerja SUKAM.
Sedikit perkongsian ilmu daripada ceramah Isra' Mikraj di Dewan Senat, UTM oleh Ustaz Hanafiah bin Abd Razak daripada Jabatan Mufti Johor. Disebabkan ceramah tersebut diadakan pada pagi Jumaat, ramai mahasiswa tidak dapat hadir kerana pertembungan jadual kuliah. Rata-rata yang hadir ke ceramah ini merupakan staf-staf HEP dan pensyarah-pensyarah UTM. Turut bersama merupakan Yang Berbahagia ayahanda Naib Canselor UTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Zaini bin Ujang.
Isra' dan Mikraj merupakan suatu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu. Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.
Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian pancaindera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah. Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.
“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)
Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dongeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?
Hadis-hadis ada menceritakan tentang beberapa kejadian yang dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi. Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.”
Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.
Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan). Di Baitul-Laham, Rasulullah melihat 18 golongan manusia yang melakukan dosa. Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.
Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk. Baginda melihat pembalasan akhirat bagi dosa-dosa yang dilakukan oleh 18 golongan manusia yang dilihat di Baitul-Laham.
Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.
Ust. Hanafiah mengulas tentang hal ini. Ditanya "kenapa ending nya perintah solat 5 waktu?". Ini menunjukkan bahawa penyelesaian kepada 18 keadaan manusia yang berdosa itu adalah solat 5 waktu, sehari semalam. SubhanAllah.
Bagi yang mengerti, kebenaran peristiwa itu tidak perlu dipersoalkan kerana maksud Maha Suci Allah seperti pada ayat 1 surah al-Isra' menunjukkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Tergerak hati ana untuk berkongsi kisah seorang gadis bernama Natrah. Bagaimana suatu ketika dahulu umat Islam di hampir seluruh pelusuk dunia bangkit untuk memprotes isu paksaan murtad ini. Lain pula kini, apabila semakin ramai umat Islam murtad tanpa paksaan. Marilah kita imbau kembali rusuhan Natrah..kembalikanlah semangat untuk memperjuangkan Islam. Mungkin ramai generasi muda yang tidak berapa tahu tentang Rusuhan Natrah. Ini adalah kerana kisah menyayat hati ini tak begitu 'diangkat' di dalam buku sejarah sekolah-sekolah. Kalau ada pun material berbentuk buku atau penulisan, ia ada dizahirkan dalam bentuk novel seperti Tragedi Nadra (Haja Maideen), Mortal Flower (Han Suyin), Voices Of Asia (James Michener) dan A Salute To Singapore. Namun yang paling diingati sudah tentu penyelidikan dan penulisan bekas wartawan Dewan Masyarakat (kini Karyawan Tamu UTM), Datin Fatini Yaacob yang mengkaji kisah berkenaan sehingga membawanya bertemu dengan Natrah di Belanda tidak lama dulu dari segi visual pula, bekas Pengerusi Utusan Malaysia Tan Sri Kamarul Ariffin pernah menerbitkan filem Jasmin 1 (1984) dan Jasmin 2 (1986), filem yang berdasarkan kisah sebenar Natrah
Mungkin juga kerana sensitiviti masyarakat Malaysia terhadap isu perkauman dan agama. Isu ini hampir juga berulang tempoh hari apabila Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Najib hampir gagal menanganinya tempoh hari. Kabinet sebelum ini memutuskan apabila suami atau isteri memeluk agama Islam atau agama lain, status agama anak pasangan itu kekal mengikut kepercayaan pasangan berkenaan semasa mereka berkahwin. Keputusan ini telah menyaksikan protes yang hebat di seluruh negara.
Berbalik kepada cerita Natrah, kisahnya menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda. Kisahnya bermula apabila Natrah pada 24 Mac 1937, Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh.
Disember 1942 ,Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
15 November 1945, Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
12 April 1950, Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
22 Mei 1950 ,Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura
24 April 1950 ,Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura
28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
Natrah sewaktu perbicaraan di Mahkamah Singapura
19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.
28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhammad, Siti Aisyah.
Natrah bersama suaminya, Mansor Adabi dan ibu angkatnya, Che Aminah.
Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.
Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungannya di Belanda, setelah itu dia di Kristiankan semula dengan nama Bertha Hertogh
Natrah Akhirnya Di Kristiankan semula
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.
Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British Yang membabitkan banyak pertubuhan NGO dan Pemuda Hizbul Muslimin(HM), sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.Ramai juga yang di tahan antaranya ialah Allahyarham Dr.Burhannudin Al-Helmy bekas yang Di Pertua PAS(Parti Islam Se-malaysia)
Atas Tindakan Mahkamah itu telah mencetuskan Pemberontakan Natrah
Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya ketika itu.13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu. Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.
25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi. 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri. Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak iaitu Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.
20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga. 3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.
26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans
1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
Natrah pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda. Sejak dihantar pulang ke Belanda, dia menempuh pelbagai dugaan demi dugaan dalam hidupnya.
Kini Natrah sudah pergi buat selama-lamanya, beliau akhirnya meninggal dunia akibat menderita penyakit leukemia di rumahnya di Huijbergen, Belanda dalam usia 72 tahun. Yang paling menyedihkan, Natrah meninggal dunia dalam keadaan bukan beragama Islam..semoga Allah mengasihi hamba-hambaNya.
Maaf, lama tak update blog ni..komitmen terhadap *JKM, *MHS dan akademik menyebabkan ruang untuk blogging terhad buat sementara waktu. Komitmen terhadap dakwah? Huh..malu rasanya untuk mengaku sebagai dai'e sedangkan diri sendiri masih belum 100% memberi komitmen untuk mengamalkan amar makruf nahi mungkar..
Entry kali ni, ingin saya kongsikan petikan dari sebuah buku. Al-Tahtawi menjelaskan dalam kitabnya Fathu al-Mannan Bi Ahkam al-Jan, gambaran penguasaan syaitan ke dalam hati manusia digambarkan menerusi bandingan berikut:
"Hati laksana benteng, benteng itu berpagar, dan pagar itu mempunyai pintu. Penghuni di dalamnya ialah akal. Para malaikat sering berjaga di kawasan benteng itu. Tetapi di situ juga ada tempat bersembunyi yang akan didatangi oleh syaitan.
Peperangan sentiasa berlaku antara penghuni kota iaitu akal dan syaitan berserta gurkhanya iaitu nafsu. Syaitan tak pernah berhenti mencari helah dan waktu untuk menyerang. Maka penjaga hendaknya mengetahui berapa bilangan pintu kota dan bagaimana menangani kemaraan musuh.
Kota ini akan diterangi dengan zikir yang diamalkan, menjadikan padanya cermin yang akan menerbalikkan imej setiap yang melaluinya. Maka syaitan dan tenteranya akan berusaha mencari helah, antaranya dengan mewujudkan kepulan asap. Asap yang akan menggelapkan suasana hingga pengawal tidak nampak apa yang berlaku.
Asap ini juga turut melekat pada cermin yang mengakibatkan kita tidak nampak imej yang sebenarnya. Istiqamah dengan zikir mampu membersihkan cermin menjadikannya reflektif semula. Demikianlah pertarungan sengit yang sentiasa berlaku dalam diri kita.
Semakin kuat keimanan, semakin dasyat cabaran yang harus ditempuhi. Kadangkala angin kencang bertiup menyemarakkan asap nyalaan iblis hingga para penjaga terlepas musuh masuk ke dalam mempengaruhi penghuninya iaitu akal."
Begitulah analogi bagaimana hati manusia ditakluk oleh syaitan..kita sedang berada dalam arena peperangan yang dasyat dan senjata utama umat Islam adalah solat dan bangun malam. Istiqamahlah dalam perjuangan..
Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:
Pertama: Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata: خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله “ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)
Kedua: Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.
Ketiga: Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. Rasulullah saw bersabda: من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة “Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)
Keempat: Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda: إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم “Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)
Kelima: Tidur waktu subuh. Nabi saw bersabda: الصبحة تمنع الرزق “Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata: الأرزاق تقسم وأنت نائم “Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”
Keenam: Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata: كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها “Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)
Ketujuh: Tidur lepas solat asar. Nabi saw bersabda: من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه " Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Kelapan: Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan: Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.
Kesepuluh: Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda: إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata: قم واقعد فإنها نومة جهنمية Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Kesebelas: Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.. Nabi saw bersabda: رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء “Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)
Kedua belas: Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda: إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم “Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga IbnuMaktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)
Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.
Several years ago an imaam moved to London. He often took the bus from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he had occasion to ride the same bus. When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him twenty pence too much change. As he considered what to do, he thought to himself, 'you better give the twenty pence back. It would be wrong to keep it'.
Then he thought, 'oh forget it, it's only twenty pence. Who would worry about this little amount? Anyway, the bus company already gets too much fare; they will never miss it. Accept it as a gift from Almighty Allah and keep quiet'.
When his stop came, the Imaam paused momentarily at the door, then he handed the twenty pence back to the driver and said:
"Here, you gave me too much change."
The driver with a smile replied:
"Aren't you the new Imaam in this area? I have been thinking lately about going to worship at your Masjid. I just wanted to see what you would do if I gave you too much change."
When the Imaam stepped off the bus, his knees became weak and soft. He had to grab the nearest light pole and held for support, and looked up to the heavens and cried:
"Oh Allah, I almost sold Islam for twenty pence!"
Bottomline: We may never see the impact our actions have on people... Sometimes we are the only knowledge of the Quran someone will read, or the only Islam a non-Muslim will see. What we need to provide, Insha Allah is an example for others to see. Be careful and be honest everyday, because you never know who is watching your actions..
PUTRAJAYA 1 Jun - Keputusan kerajaan untuk mengehadkan jumlah mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan membawa kesan negatif kepada para pelajar.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelajar tingkatan empat tidak perlu bimbang kerana keputusan muktamad mengenai perkara itu akan dilakukan secepat mungkin.
''Saya tahu pelajar tingkatan empat ada yang sudah merancang tentang mata pelajaran yang akan diambil pada tahun depan. Saya fikir tidak mengapa, bagi tujuan ilmu mereka boleh mengambil subjek tertentu dan selepas itu mereka boleh membuat pengubahsuaian apabila keputusan muktamad buat kelak,"
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran semalam dilaporkan berkata, keputusan muktamad mengurangkan bilangan subjek teras dalam SPM daripada enam kepada empat subjek akan diumumkan pada waktu terdekat.
Pengurangan bilangan subjek teras berkenaan akan membolehkan calon-calon SPM mempunyai lebih banyak pilihan untuk subjek elektif dalam peperiksaan tersebut. Muhyiddin menasihatkan para pelajar agar menjalani proses pembelajaran seperti biasa sehingga keputusan muktamad tersebut diumumkan.
''Keputusan yang telah saya bayangkan itu adalah untuk membantu para pelajar dan keluarga mereka selain memudahkan para guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
''Banyak kesan positif yang telah kaji akan dapat dihasilkan setelah kita memutuskan bagi mengehadkan jumlah pengambilan mata pelajaran," katanya.
Seriously, this is such a farce and travesty! Our education system is going haywire!
Sekiranya kerajaan mengambil keputusan muktamad untuk mengurangkan bilangan subjek SPM, bagaimana pula dengan pelajar-pelajar sekolah agama yang ingin mengambil matapelajaran Sains seperti Fizik, Kimia dan Biologi? Atau bagaimana pula dengan pelajar aliran Sains yang ingin mengambil subjek tambahan aliran Agama? Bagaimanakah kita akan melahirkan golongan ilmuan yang beragama sekiranya sistem ini dijalankan? Pelajar yang mengambil banyak subjek adalah diatas kemahuan dan kebolehan mereka sendiri. Mengapa perlu disekat?
Hadis Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.”Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4824
Kenyataan akhbar di atas berani mengatakan ‘tidak akan membawa kesan negatif kepada para pelajar’. Sememangnya kerajaan telah menyekat kebebasan pelajar untuk menceburi bidang-bidang yang mereka minati sekaligus melahirkan pelajar-pelajar yang berminda sekular dan terhad pengetahuan.
Kerajaan lantang memberi cadangan tersebut hanya kerana isu biasiswa. Salah pelajarkah kerana mengambil matapelajaran yang banyak? Atau salah kerajaan yang tidak mengkaji semula sistem pelajaran kita?
Jika hanya disebabkan oleh isu biasiswa, bukankah lebih baik sekiranya kerajaan menukarkan sistem penggredan kepada sistem PNGK. Kerajaan juga boleh mempertimbangkan cadangan menetapkan gred minima bagi setiap subjek sekiranya pelajar ingin memohon biasiswa dan tidak hanya memberi biasiswa berdasarkan jumlah A yang diperoleh.
Ana teruja melihat sebuah program ‘gameshow’ ‘Are You Smarter Than a 5th Grader’ oleh Amerika Syarikat. Soalan Matematik darjah 3 mereka adalah soalan yang hanya dipelajari oleh pelajar tingkatan 1 di Malaysia. Pada usia yang begitu muda, mereka telah pun diajar tentang sejarah negara dan luar negara, geografi dan pengajian sosial. Pelajar di negara kita pula telah di didik sejak kecil untuk belajar subjek yang terhad yang telah digariskan oleh pihak kerajaan oleh kerana sistem ‘exam-oriented’ iaitu UPSR.
Mengenai isu pengurangan subjek teras kepada 4 daripada 6 pula. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam/Moral. Kemungkinan besar yang akan berlaku adalah matapelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam/Moral digugurkan. Implikasinya pasti buruk dan menyedihkan. Ana tidak berapa faham tentang kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin, “Keputusan yang telah saya bayangkan itu adalah untuk membantu para pelajar dan keluarga mereka selain memudahkan para guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.”
Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya:
Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?
Rasulullah menjawab: Ya.
Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?
Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.
Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenal dan ada yang kamu tidak mengenalinya.
Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?
Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu.
Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.
Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.
Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.
Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?
Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3434