28 March 2010

Syahadah Gadis Ateis

"Ina, I'm going to the KL book fair at PWTC..do u want to buy any books?"

Aku membaca mesej dari mama. Perasaan sedih mula menjalar di hati. Manakan tidak? Selama ini aku tidak pernah melepaskan peluang untuk ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Setiap tahun aku pasti akan pergi. Bukan sahaja pergi sekali, malah berkali-kali sehingga aku puas mendapat buku yang diingini. Tahun ini? Tidak mungkin aku berpeluang ke sana. Tanggungjawab dan komitmen di kampus perlu diutamakan.

Tangan aku menekan butang reply. Mataku masih menatap skrin telefon bimbit.

Isyh..nak beli buku apa ni? Manalah aku nak tau buku apa yang baru keluar..dah lama tak pergi kedai buku.

"Nak..nanti ina mesej kat mama buku yang ina nak beli ye.." balasku ringkas.

Langkah kakiku beralih tuju ke perpustakaan. Sejurus memasuki perkarangan perpustakaan, aku mencari komputer yang unoccupied untuk melayari internet. Laman web pertama sekali yang aku layari adalah PTS Publications. Aku membelek-belek isi kandungan laman web, mencari senarai buku-buku yang baru diterbitkan.

Novel islam.. ahh, malas nak baca. Fobia nak beli novel islamik, lagi-lagi kalau kisah cintan-cintun ni. Takut menyesal dengan jalan penceritaan novel tersebut..mungkin juga kerana aku mempunyai high expectation terhadap novel islamik. Perlulah dibandingkan dengan novel sehebat 'Ayat-ayat Cinta', 'Tautan Hati' dan 'Hijaab Wali'.

Tangan kananku mengeluarkan telefon bimbit dari poket dan mula menaip mesej untuk mama. Aku menyenaraikan satu persatu buku yang telah lama diidam-idamkan, termasuk juga beberapa buku yang baru diterbitkan. Aku meneroka ruang maya di depan mata. Tiba-tiba mata aku terpaku melihat tajuk sebuah buku. 'Syahadah Gadis Ateis' karangan Imran Haaz.

Macam tau je cerita ni..bukan ke..

Aku membaca sinopsis cerita itu dan membelek gambar buku tersebut. Ada gambar lelaki pegang gitar, gambar keretapi, gambar seorang perempuan..

Memang sah! Buku ini sebenarnya pernah dijual secara online (baca: e-book) sebelum ini, tetapi tajuk asal cerita ini adalah 'Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist'. Mana mungkin aku lupa penulisan sehebat ini. Setiap dialog di dalam cerita tersebut merupakan ilmu dan pengajaran kepada pembacanya.


Sedikit petikan dari buku ini:

Rini seorang gadis yang sederhana, tidak bertudung dan ranggi penampilannya. Dia sangat ramah, suka ketawa tetapi adakalanya dia seakan-akan merenung jauh sesuatu dalam pemikirannya yang tidak dapat diagak oleh Nizam. Persepsi pertamanya terhadap Nizam adalah seorang kaki lepak dan remaja yang memberontak jiwanya hasil pemerhatian yang dilakukan ke atas penampilan selekeh Nizam.

Melihatkan Nizam yang hanya berselipar buruk, dia bertanya kepada Nizam tentang hal tersebut. Sebenarnya selepas menunaikan solat Maghrib di surau stesen kretapi tadi, kasut Nizam dicuri oleh manusia yang tidak berhati perut. Melihat keadaan selipar surau yang bahagian depannya dipotong membuatkan Rini tergelak besar. Kemudian, terpacul satu dialog dari mulutnya yang membuatkan Nizam terkedu sebentar.

“Tu lah..siapa suruh pergi sembahyang. Kan dah hilang kasut..” lain macam bunyinya.

Disebabkan terkedu, Nizam memandang kearahnya tanpa berkata apa-apa. Rini hanya merenung muka Nizam. “Kenapa?”. Nizam terus menjawab tiada apa-apa. Seakan tahu apa yang mengganggu fikiran Nizam, dia terus saja bertanya, “Awak percayakan Tuhan?” ‘Aduh! Pasal apa lah aku naik keretapi harini? Kan dah kena tanya soalan maut macam ni!’ bentak Nizam di dalam hati.

Apa yang menarik tentang buku ini adalah cara penulis merungkaikan persoalan-persoalan akidah yang sangat kompleks kepada seseorang ateis. Watak Rini diperhalusi sebagai seseorang yang berilmu tetapi sudah tidak percayakan lagi wujudnya Tuhan. Soalan-soalan yang diajukan oleh Rini kepada Nizam bukanlah calang-calang soalan, tetapi soalan yang mencabar jiwa seoarang dai'e untuk menjelaskan Islam yang sebenar. Antara persoalan yang dilontarkan oleh Rini:

"Kenapa perlu saya sembah Allah?"

"Saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tak nampak...Buktikan Allah itu ada!"

"Awak cakap kitab-kitab agama terdahulu tercemar dengan tulisan-tulisan tangan manusia, boleh awak buktikan? Kalau setakat cakap, sesiapa pun boleh cakap kan? Buktikan! Itu yang saya mahu."

"Kenapa pula Allah menyuruh para malaikat dan iblis menyembah Nabi Adam a.s., sedangkan menyembah makhluk itu satu perbuatan yang mensyirikkan Allah. Boleh awak jelaskan?"


Aku membalas mesej mama dengan perasaan hati yang berbunga-bunga. Diam-diam aku mendoakan agar semua buku yang aku titipkan kepada mama dapat dibeli.

Lewat petang itu, aku menelefon mama.

"Ma, semua buku ada ke?"

"Ada, tapi buku yang last tu takde lah ina.."

Buku yang terakhir dalam senarai aku merupakan 'Kitab Cinta Yusuf Zulaikha' oleh Taufiqurrahman Al-Azizy. Sudah lama aku mencari buku ini. Tapi tak mengapa..buku-buku yang lain ada, termasuklah buku-buku karangan Abdul Latip Talib. Yang paling penting, 'Syahadah Gadis Ateis' dah pun dibeli!



notakaki:
saya sedang mencari buku-buku saya yang telah dipinjam sekian lama, terutama sekali buku yang mengisahkan kekasih hati saya, Salahuddin Al-Ayubi. sesiapa yang ada terpinjam tu, sila pulangkan ye..

23 March 2010

Forex Trading di UTM - Bhgn 2

Update terbaru:

17 Mac 2010


Presiden MPMUTM, Mohd Zaki bin Omar mengeluarkan kenyataan beliau setelah berjumpa dengan PM Dr Hussin Salamon:

"Salam..saya baru sahaja berjumpa dengan Ust. Hussin Salamon dari Fakulti Tamadun Islam.. Beliau amat arif dalam bidang stock market (saham). Selepas berbincang panjang, beliau berpendapat sesi forex boleh diteruskan sbg penghargaan jemputan kepada penceramah dan sebagai satu platform perbincangan tentang forex dalam konteks yang dibawa oleh ahli panel.

Beliau turut menyatakan kesudian untuk hadir jika tiada halangan tugas untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh panel2 yang dijemput terutamanya Encik Idris bin Husin.
Isu ini perlu diperbincangkan agar konteks ekonomi berasaskan Islam dapat diberi perhatian."


18 Mac 2010

Ura-ura mengatakan bahawa PMI UTM akan berkerjasama dengan Pusat Islam dan Fakulti Tamadun Islam setelah Ustaz Abd Hafiz Bin Abdullah Al-Hafiz selaku Naib Pengarah Pusat Islam UTM sendirinya memohon untuk menjalankan Forum Isu-isu Semasa 2 yang akan membincangkan tentang isu Forex ini dengan lebih lanjut.


20 Mac 2010


Seminar Model Ekonomi Baru Mahasiswa tetap berjalan termasuklah slot Forex Trading. Laporan di sini.

21 Mac 2010

Saudara Ismail Sirajuddin selaku mantan Naib Presiden 1 PMIUTM yang telah mengikuti seminar MEB memberi respon:

"Dalam persoalan pertama yang dipersoalkan oleh ust Zaharuddin berkenaan forex iaitu 'On the spot basis', mengikut penjelasan yang diberikan, Cikgu Idris juga setuju bahawa Islam hanya membenarkan forex yang berdasarkan on the spot basis bukan urusniaga secara bertangguh.

Namun yang kedua berkenaan isu leverage pula. Forex yang diterangkan semalam tidak dapat lari dari isu ini dan penerangan tidak berapa jelas kerana penceramah hanya menggunakan 'analogi akal' tanpa menyertakan dalil yang membenarkan.

Harap PMIUTM dan MPM tidak diamkan isu ini sebaik sahaja Program MEB semalam selesai kerana isu FOREX masih lagi tidak jelas."



Notakaki:

Bakal Berlangsung:

25 Mac 2010

Forum 'Peranan Mahasiswa Pemacu Ekonomi Global'
9.00 mlm
Tapak Pesta Konvo UTM ke-44

Anjuran Kelab Keusahawanan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam UTM.

Moderator : Zaki Harun (Timbalan Presiden PMIUTM)
Ahli Panel :

1. Sr. Hj. Dzulkefly Hj. Ahmad
2. Ustaz Ismail Mat Ali (Pengurus Besar Capaian Aspirasi Sdn. Bhd)
3. En. Abdullah Bin Jalil (Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM)

Forex Trading di UTM - Bhgn 1

14 Mac 2010

Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (MPMUTM), Saudara Muhammad Zaki Bin Omar telah menulis sebuah artikel di blog peribadinya tentang promosi program Seminar Model Ekonomi Baru Mahasiswa yang diadakan pada 20 Mac 2010 di Dewan Sultan Iskandar.

Program yang membincangkan tentang Aplikasi Online Business Dalam Menjana Ekonomi Mahasiswa dan Berpendapatan Tinggi ini akan dihadiri oleh wakil dari Foreign Exchange Trading, FOREX (www.forexexcel.com), Pendapatan Melalui Online Blogging (www.hasbulaqill.com), dan Penjanaan Pendapatan Melalui Internet Marketing (www.majalahim.com).

Merujuk kepada huraian dalam tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (www.zaharuddin .net) berkenaan dengan kecenderungan hukum Forex ini, beberapa orang mahasiswa telah mempersoalkan status hukum program (Forex) tersebut melalui laman blog rasmi MPMUTM dan Facebook MPMUTM.


17 Mac 2010

Isu ini menjadi semakin hangat apabila semakin ramai yang mempersoalkan perkara tersebut, apatah lagi ia melibatkan sumber kewangan mahasiswa. Status halal, syubhah atau haram perlu dijelaskan dengan terperinci sebelum Forex disebarkan kepada seluruh mahasiswa. Ramai yang mendesak untuk dikaji semula.

Sehubungan itu, Exco Jabatan Kerohanian dan Intergrasi Sosial (JAKERIS) MPMUTM, Saudari Khairina `Izzati Binti Amir Hussain mengambil inisiatif untuk berjumpa sendiri dengan Professor Madya Dr. Hussin Salamon, Dekan Fakulti Tamadun Islam UTM bagi mendapat penjelasan lanjut dan pandangan beliau berkenaan isu tersebut. Dr. Hussin merupakan salah seorang pakar dalam bidang Ekonomi Islam.

Berikut merupakan laporan ringkas yang disebarkan melalui Facebook dari Saudari Khairina hasil dari pertemuan tersebut.

“JAKERIS telah pun berjumpa dgn Ustaz Hussin, Fakulti Tamadun Islam, mengenai isu forex tengahari td. Ustaz Hussin sendiri tidak bersetuju jika forex di promosikan dikalangan mahasiswa. Pandangan beliau:

1. Fatwa yang mengatakan forex itu haram telah pun di keluarkan di Jeddah. Cuma di M'sia, tiada fatwa yang jelas mengenai hukum forex.

2. Perdagangan matawang lari daripada tujuan asal matawang itu sendiri.

3. Forex boleh menjejaskan ekonomi negara disebabkan oleh naik turun nilai matawang.

4. Potensi untuk berlakunya riba' adalah amat tinggi.

5. Jika ada pun forex yang berlandaskan syari'ah dan benar-benar halal, ia amatlah terhad dan sukar untuk dicari.

JAKERIS sedang menunggu untuk berjumpa Ust Ismail Musytari mengenai isu ini sebelum tindakan selanjutnya.”


Selanjutnya, wakil dari JAKERIS meneruskan perbincangan bersama Dr. Ismail Mustari, Timbalan Pengarah Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (PIUTM), yang juga pakar dalam bidang Dakwah bagi mendapat pandangan beliau berkenaan isu tersebut.

“3.30 petang. Perrtemuan antara JAKERIS dgn Ust Ismail Musytari. Ust Ismail menyatakan jika Ustaz Dr. Hussin telah pun tidak bersetuju dgn Forex, Ustz Ismail sendiri tidak membantah pandangan beliau kerana Ustaz Dr Hussin pakar di bidangnya, iaitu Ekonomi Islam.”

Teguran dari Ust Ismail, "Bila dah ada kuasa sebagai pemimpin, seharusnya bertindak berlandaskan hukum Islam. Kalau kita turut menyumbang kepada perkara yang syubhah dan haram, kita akan dapat saham dosanya."


Perbincangan lanjut diteruskan bersama Ustaz Mohd Nasir Masroom, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM.

“4.30 ptg : Pertemuan JAKERIS dgn Ust Nasir Masroom. Ust Nasir menyatakan perkara yang sama seperti Ust Ismail Musytari. Ust Nasir mencadangkan dua alternatif iaitu :

1. Gantikan slot Forex dengan slot lain yang berkaitan.

2. Teruskan dengan slot Forex, tetapi perlu ada seorang pakar Ekonomi Islam yang menjadi pemerhati dan yang mampu memberikan penjelasan.”


MPMUTM bermesyuarat bagi membuat keputusan berkenaan isu yang dibangkitkan oleh mahasiswa UTM.

“5.30ptg : Mesyuarat antara JAKERIS, wakil-wakil MPP, dan beberapa orang mahasiswa yang prihatin bersama Presiden MPMUTM serta SUA MPMUTM. Hasil perbincangan mencapai kata sepakat untuk mengaturkan pertemuan antara Presiden MPM, Naib Pengerusi Fakulti MPM dan Pengerusi JAKERIS bersama Dr. Hussin pada mlm ini, jam 10.30mlm di Taman Teratai. Doakan yang terbaik buat mereka..”



PMIUTM telah mengeluarkan kenyataan melalui blog rasminya (http://pmiutm.blogspot.com), menggesa agar MPMUTM mengkaji semula pengisian seminar berkenaan “Forex Trading” sebelum ianya diperkenalkan kepada mahasiswa pada Seminar Model Ekonomi Baru Mahasiswa yang akan berlangsung 20 Mac ini.

Kenyataan Presiden PMIUTM, Saudara Mohd Khairul bin Abdullah Halim.

“Pada dasarnya, PMIUTM amat menyokong usaha baik MPMUTM dalam membantu mahasiswa dengan memperkenalkan jalan untuk menjanaekonomi, tapi soal halal dan haram perlu untuk dipertimbangkan. Jangan sampai niat baik kita dimurkai oleh Allah s.w.t di akhirat kelak kerana dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.”

“Walaupun niat untuk memberikan ruang kepada mahasiswa untuk menjana ekonomi pada zahirnya adalah baik, tetapi dalam soal memberikan jalan kepada kepada mahasiswa untuk terlibat dalam perkara syubhah dan haram, PMIUTM tidak sekali-kali akan setuju.”

Sehingga hari ini, Presiden MPMUTM masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini yang menunjukkan pendirian sebenar beliau terhadap ‘Forex Trading’. Mahasiswa menunggu.


Maklumat tambahan :

Syeikh Mufti Taqi Uthmani (pakar syariah dan Kewangan Islam Sedunia) berkata ia bukanlah sesuatu yang disukai oleh polisi Ekonomi dalam Islam.

Pandangan Majelis Ulama Indonesia (MUI) berhubung jual beli mata wang. Rujuk : http://provenforexsystem.wordpress.com/2008/07/10/fatwa-mui-tentang-forex/


Dikongsi dari sini

16 February 2010

Take a break..


Daripada Sa’id Bin Abi Waqqas, katanya : Aku bertanya Ya Rasulallah , siapakah orang yang paling banyak mendapat cubaan ? Baginda Rasul SAW. menjawab: Para Nabi, kemudian yang semisal dengan mereka (menurut kwaliti keimanan). Manusia akan dicuba sesuai dengan (kekuataan) agamanya (masing-masing), sekiranya (pegangan) agamanya kuat maka akan lebih beratlah cubaannya dan sekiranya agamanya tipis (kurang kuat pegangan agamanya) maka Allah akan mencuba manusia sesuai dengan (kadar) agamanya.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

08 January 2010

Top 5 Questions About Pro-M


Ini merupakan suatu perkongsian soalan-soalan yang sering dilontarkan kepada saya.


1. Apakah yang Pro-M perjuangkan?

- Hak mahasiswa
- Kebebasan untuk bersuara
- Pembangunan mahasiswa dari segi insaniah dan rohani
- Suasana kampus yang berteraskan budaya ilmu


2. Ada orang cakap kalau Pro-M menang, nanti UTM tak dapat duit untuk buat research, jadi susah lah nak capai taraf Research University (RU). Pro-M tak nak UTM jadi RU ke?

Cuba tengok UM. Pro-M menang besar di sana..tapi tetap boleh jadi RU. Siap dapat ranking 1st untuk universiti Malaysia dalam senarai universiti terhebat dunia.


3. UTM kan universiti kerajaan..banyak duit kerajaan yang dilaburkan untuk biaya mahasiswa. Jadi kenapa kita kena lawan pihak HEP dan kerajaan?

Pertama, Pro-M bukanlah bersifat pembangkang. Kami adalah golongan 'check and balance'. Yang betul kami sokong, yang salah kami bantah.

Kedua, duit kerajaan tu dapat dari mana? Poket menteri-menteri kah? Poket ahli parlimen kah? Duit rakyat jugak kan? Duit rakyat = duit mak ayah kita bayar cukai = hak kita lah untuk apa ia dilaburkan.


4. Kenapa Pro-M dan Evo-M tak bersatu bawah satu perjuangan? Kenapa pimpinan Pro-M tak berjuang bawah Evo-M je?

Saya nak jawab soalan ni dengan persoalan. Apakah dasar perjuangan Evo-M? Kenapa Evo-M tak nak berjuang bawah Pro-M?


5. Kenapa Pro-M nak teruskan agenda mereka sedangkan bilangan yang menyokong sedikit sahaja? Dah lah sumber kewangan takde.

Itulah namanya perjuangan..dan siapa kata bilangan yang menyokong Pro-M hanya sedikit? Kalau sedikit, masakan ada pejuang Pro-M di UM, UKM, USM, UPM dan semua kampus-kampus di Malaysia? Kalau sedikit, masakan tertubuhnya Pro-M Nasional? fikirlah sendiri..


Wallahu'alam.

*Kalau sahabat2 ada jawapan yg lagi mantap..sila lah berkongsi.

30 December 2009

Pilihanraya Kampus: Tanggungjawab Memilih Pemimpin

Bahang Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini bukan sahaja semakin terasa, tapi kemungkinan juga hampir membakar ketenangan warga kampus UTM Skudai. Perang flyers sudah pun bermula sejak minggu lepas. Tetapi entry kali bukanlah untuk mengulas secara lanjut tentang perang flyers mahupun Evo-M atau Pro-M. Muak rasanya melihat keletah mahasiswa yang cepat sungguh melatah dan membuat spekulasi tanpa menyelidik akar umbi perkara tersebut. Anda boleh klik disini, disini atau disini untuk menilai sendiri siapa yang betul.

Kembali kepada maudu' utama. Secara jujurnya, saya berasa amat bimbang melihat kelesuan masyarakat kampus yang tidak cakna dan mengambil enteng isu berkaitan PRK. Contoh terdekat adalah sewaktu Petisyen Pemurniaan PRK diedarkan ke setiap fakulti. Bayangkan, jumlah tandatangan yang dipungut hanyalah 10% daripada hampir 20,000 mahasiswa UTM. Adakah ini juga bermakna hanya 10% mahasiswa UTM yang betul-betul faham apa itu PRK?

Jangan pula cuba untuk berdalih dan mempertahankan diri dengan mengatakan mahasiswa yang tidak menandatangani petisyen itu tidak menyokong usaha pemurnian PRK. Ini adalah kerana, rata-rata mahasiswa yang mendapat petisyen tersebut hanya memandang sebelah mata dan menolak kertas tersebut setelah melihat perkataan 'Pilihanraya Kampus'. Ada juga yang takut untuk menandatangani petisyen tersebut kerana bimbang akan digantung pengajian dan dipanggil oleh pihak HEP. Jika benar masyarakat kampus sebenarnya takut, adakah ia disebabkan oleh doktrinisasi beberapa pihak tertentu yang bertindak mengugut dan menakut-nakutkan mahasiswa? Apakah kita tidak tahu hak-hak kita sebagai seorang mahasiswa?

Apakah PRK?

Jika soalan ini ditanya kepada masyarakat kampus UTM, saya amat yakin dan percaya bahawa masih ramai yang tidak tahu jawapannya. PRK sebenarnya merupakan medan politik kampus yang membolehkan mahasiswa menggunakan sepenuh kuasa untuk memilih pimpinan kampus. Realitinya, masyarakat kampus hari ini sensitif terhadap perkataan ‘politik’ itu sendiri. Asbab yang mungkin menjadi faktor utama perkara ini berlaku adalah kerana imej politik negara yang kian dicemari dengan palitan fitnah dan perebutan kuasa. Pengaruh pilihanraya kampus yang ada di Malaysia telah sengaja diperlekehkan atau dijadikan sesuatu yang kurang relevan. Hal ini mungkin juga berkait rapat dengan doktrinisasi AUKU terhadap mahasiswa. (baca: AUKU)

Seorang sahabat pernah bertanya, "Kenapa kita kena terlibat dengan PRK ni? Bukan ke tujuan utama masuk universiti untuk belajar. Buat apa nak sibuk-sibuk dengan politik?" Jawapannya mudah: Anda mempunyai tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang adil!

Politik menurut Islam

Politik, atau di dalam bahasa Arab, siasah, bermaksud pentadbiran atau ilmu untuk mentadbir. Ibnu Aqil mengatakan, “Siasah Syariyyah ialah apa-apa tindakan(kerajaan) yang membawa kepada manusia kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada keburukan, sekalipun ianya tidak ditetapkan oleh Rasulullah dan tidak terdapat dalam wahyu yang diturunkan.”

Mana mungkin negara Madinah menjadi negara Islam pertama jika tiada istilah politik dalam Islam. Di Universiti Malaya sendiri, politik itu diraikan dan diperlihatkan kepentingannya dengan adanya Fakulti Siasah Syariah. Jika dilihat semasa pemerintahan Khulafa Ar-Rasyiddin, keempat-empat khalifah dilantik dengan cara yang berbeza-beza dan mereka menjalankan dasar pemerintahan mengikut corak keadaan semasa atau waqi'. Walau bagaimanapun, matlamat utamanya tetap menegakkan daulah Islamiyyah.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa ayat 59, bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah S.W.T dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.W. dan kepada Ulul Amri (golongan pemerintah yang adil) dari kalangan kamu.” Maka bolehlah dijelaskan di sini bahawa setiap umat Islam itu mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memilih pemimpin yang adil, yakni mentadbir mengikut syariat Islam. Dalam konteks pemerintahan sekarang, persoalan yang ingin saya utarakan adakah Malaysia merupakan sebuah negara Islam atau adakah ia hanya tertulis di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara semata-mata? Negara Islamkah jika undang-undang dan perlembagaan bersifat sekular?

Mahasiswa menongkah era revolusi

Jika kita berasa muak dengan politik murahan negara, seharusnya kita bangkit dan memperjuangkan politik kampus demi revolusi mahasiswa. Aktivis mahasiswa terdahulu telah memperjuangkan hak-hak mahasiswa dengan berani tanpa mengenal erti kecut dan takut. Mengapa tidak kita? Mengapa pula zaman yang serba canggih dinaungi teknologi ini menjadikan mahasiswa lemah dan lesu? Adakah mahasiswa zaman ini berada di 'zon selesa'? Jika benar, inilah sebenarnya dalang kepada kemunduran mahasiswa.

PTPTN dan segala jenis bantuan kewangan seolah-olah menutup mulut mahasiswa daripada bersuara dan vokal terhadap hak-hak mahasiswa. Dogma dan persepsi bahawa mahasiswa IPTA perlu akur dengan tindakan kerajaan kerana kerajaan telah melaburkan banyak wang demi mahasiswa haruslah dikaji semula. Ini adalah kerana wang yang digunakan oleh kerajaan adalah wang rakyat sendiri yang diperoleh dari cukai-cukai. Bukanlah maksud saya disini untuk menyokong mahasiswa untuk membangkang pihak kerajaan, tapi apa salahnya mahasiswa menjadi golongan 'check and balance'.

Wallahu'alam.


04 December 2009

2012

kinazzati: salam

kinaizzati: bz?

halawatuliman: wasalam..tak lah. enti sehat? lama x dgr cerita.

kinaizzati: sehat alhamdulillah.ana jarang on YM sekarang..enti tgh cuti sem kan? sampai bila?

halawatuliman: yep2..cuti. sampai hujung dis.enti?

kinaizzati: best nye..ana dah start klas 14 dis..

halawatuliman: awalnya..eyh, enti dah tgk 2012?

kinaizzati: dah! baru tgk kelmarin..nape?

halawatuliman: ye lah..diorang predict tarikh doomsday tu sama dengan birthday enti kan?

kinaizzati: aduiyai..kebetulan je tu..

halawatuliman: hehe.enti rasa cerita tu mcm mana?


khairinaizzati: mcm mana apa?

halawatuliman: ye lah..jalan cerita dia, plot..

kinaizzati: erm..overall okay lah.cuma ana nampak movie ni macam nak 'lawan' kekuasaan Tuhan & cuba menekankan yang manusia mampu survive hari kiamat.

halawatuliman: betul..ana tak puas hati scene last tu. mcm mana ada orang boleh survive catastrophy mcm tu.

kinaizzati: bukan scene last tu je. prediction diorang yang 2012 nnti kiamat tu mmg tak boleh terima pakai kalau dalam Islam.

halawatuliman: ? maksud enti?

kinaizzati: ye lah..manalah kita nak tau bila kiamat berlaku. tu semua rahsia Allah..enti bayangkan, tiket untuk 2012 ni semua dah sold out kat pawagam..berapa ramai umat Islam yang tengok cerita ni? dan berapa ramai pulak yang ada asas kefahaman & akidah yg kukuh untuk yakin yg tak mungkin manusia dapat predict tarikh kiamat. benda mcm ni boleh rosakkan akidah umat Islam..

halawatuliman: betul gak..cuba kalau yang tengok cerita tu tak berapa fhm ttg Islam..mesti terdetik gak kat hati yang kiamat akn berlaku 2012 nnti.naudzubillah..yang ana pelik dengan org Barat ni, diorang percaya yang diorang ni sangat bijak dan pandai sampaikan dapat predict tarikh kiamat & bersiap sedia untuk hadapi kiamat. siap buat kapal lah mcm nabi Nuh..

kinaizzati: tu lah..dah tertulis pun dlm Quran yang tarikh kiamat ni rahsia Allah..buktinya surah Al-Mulk ayat 26, "sesungguhnya ilmu ttg hari kiamat itu hanya ada pada Allah". apa lagi yang nak pertikaikan.. lg satu, events leading to the end of the day dalam cerita ni tak ikut 'prosedur' yang dijanjikan Allah..dajjal, imam mahdi..

halawatuliman: ana rasa ni bukan agenda kristianisasi sbb dalam filem tu tak tekankan sgt ttg agama. lagipun cara berlakunya kiamat bercanggah dengan apa yang ditulis dalam Bible. ni semua cubaan org Barat untuk buktikan yang diorang boleh kalahkan kuasa Tuhan. mungkin golongan yang bertungkus lumus buat filem ni tak mendalami agama diorang.mungkin gak diorang tak percaya pun dengan adanya Tuhan.

kinaizzati: erm..setuju. mcm muslim jugak..semua orang Islam adalah muslim, tapi bukan semua mukmin. agama2 lain pun ada yang practising & non-practising..

halawatuliman: cuma yang ana salute, grafik yang diorang guna untuk gambarkan hari kiamat. of course lah kalau nak diikutkan apa yang manusia boleh gambarkan tu tak sehebat hari kiamat yang sebenar-benarnya. tapi at least bila kita tgk filem ni, kita akan rasa gerun dan terfikir 'kalau manusia boleh gambarkan hari kiamat mcm ni, maka hari kiamat yang sebenar2nya tentulah lg dasyat dan lebih menggerunkan..tak terbayang dengan akal fikiran'.

kinaizzati: yeh..bayangkan berbaris-baris ayat Quran yang cerita pasal hari kiamat..juz amma penuh dengan cerita ttg kiamat. langit terbelah, bintang-bintang jatuh, laut meluap-luap, perempuan mengandung gugur anaknya..masyaAllah..

halawatuliman: maksudnya filem 2012 ni bukanlah cerita psl hari kiamat sbb ada survivors..kan? filem ni pasal bencana alam.

kinaizzati: sangatlah setuju..paling tepat sekali bencana alam. semua orang sibuk ckp 2012 ni pasal end of the world..tu doktrinisasi barat atau spekulasi kita sendiri?

halawatuliman: wallahu'alam..

halawatuliman: peringatan untuk ana jugak - "Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". (Surah al-Hujurat: 6)

kinaizzati: syukran ukhti..

halawatuliman: afwan.. :)

___________________________________________________
* ID YM diatas telah diubah untuk menjaga privasi.


Sedikit tambahan..

Apa beza filem 2012 dan 2012: Doomsday?

1. Filem 2012 adalah arahan Roland Emmerich yang dikeluarkan pada Disember 2009. Poster-poster filem 2012 hanya menggunakan tema 'who will be left behind?' dan 'we we're warned' dan tidak menyebut langsung tentang hari kiamat, end of the world atau doomsday. Jadi ada kemungkinan filem ni berkaitan bencana alam. betul?



2. Filem 2012: Doomsday pula adalah arahan Nick Everhart yang dikeluarkan pada Februari 2008. Poster filem ini secara jelas dan terang menceritakan tentang kisah epik kristian, kod omega, doomsday dan kiamat.



Apa pula persamaan kedua-dua filem ini?

Dua-dua merepek. fullstop.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Buang yang buruk, ambil yang baik..

Wallahu'alam.

29 November 2009

Teater Natrah


Masih ingat kisah Natrah? Teater yang diangkat daripada kisah benar yang menyayat hati ini bakal dipertontonkan di Istana Budaya mulai esok (Isnin, 30 November). Penjualan tiket Teater Natrah yang telah mula dijual sejak sebulan lalu tidaklah saya ketahui sehingga hari ini. Belum terlambat rasanya jika dikongsi disini dan rasanya tidak rugi jika dilaburkan sedikit wang untuk menyaksikan teater ini, bukan kerana barisan pelakonnya, tetapi kerana kisah ini bukan sahaja menjadi pengajaran kepada kita, malah ia pelu dijadikan teladan.

Mengapa masih ramai yang mengambil enteng tentang kisah Natrah? Mengapa pula kita perlu cakna tentang sejarah penting sebegini?

"Mungkin juga kerana sensitiviti masyarakat Malaysia terhadap isu perkauman dan agama. Isu ini hampir juga berulang tempoh hari apabila Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Najib hampir gagal menanganinya tempoh hari. Kabinet sebelum ini memutuskan apabila suami atau isteri memeluk agama Islam atau agama lain, status agama anak pasangan itu kekal mengikut kepercayaan pasangan berkenaan semasa mereka berkahwin. Keputusan ini telah menyaksikan protes yang hebat di seluruh negara."


Untuk maklumat lanjut:

1. Sinopsis pementasan
2. Harga tiket
3. Tempah/beli tiket


Wallahu'alam.



27 November 2009

Salam Aidiladha

Book Hunting 2


It's book hunting season again and this time it's at Amcorp Mall, Petaling Jaya. When we arrived at lunch time, we were surprised to see a crowd queuing in front of the entrance of the book sale. What was worst is that the entrance was closed as there were far too many people inside and the queue at the cashier's counter was 1 hour long! But hey, that won't stop us from hunting books! What surprises me most is the fact that it is the eve of Aidiladha and - supposedly - most people should be out of town and heading back to their hometown. It was also a weekday. Don't these people have to work? And it's only the first day of the sale!



We finally got in after a few minutes. There were piles of books everywhere. People were carrying boxes and pushing trolleys. We got ourselves a box too. In Malay, that would be called as 'cari pasal'.






Some of the book that we bought


So what are you guys waiting for?! Jum serang ramai-ramai!